Keyword Search:

Pemindahan Latihan Program Bina Negara di Kalangan Guru-Guru Wilayah Persekutuan

Ahmad, Mohd Amin (1998) Pemindahan Latihan Program Bina Negara di Kalangan Guru-Guru Wilayah Persekutuan. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
7Mb

Abstract

Kajian-kajian lalu menunjukkan terdapat tiga ciri-ciri yang mempengaruhi pemindahan latihan iaitu ciri-ciri pelatih, ciri-ciri rekabentuk latiban dan ciri-ciri persekitaran kerja. Kajian ini meninjau ketiga-tiga ciri-ciri tersebut berdasarkan persepsi yang dibuat oleh peserta-peserta Kursus Bina Negara. Kajian ini juga mengkaji perkaitan pemindahan latihan dengan ciri-ciri di atas daIam kontek di Malaysia. Kajian ini dibuat menggunakan soal selidik berstruktur untuk dijawab sendiri oleh responden. Instrumen kajian adalah berdasarkan ubah suai instrumen yang dicadangkan oleh Ford dan Baldwin (1988). Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru Wilayah Persekutuan yang menyertai Kursus Bina Negara di Kern Bina Negara Pasir Panjang Pulau Pinang pada 7 Mac hingga 12 Mac 1997. Kajian ini juga meninjau darjah pemindahan latihan di kalangan peserta Kursus Bina Negara dan seterusnya mengenalpasti halangan-halangan dan faktor-faktor yang mernpengaruhi pemindahan latihan ini. Bagi melestarikan persoalan ini, kajian ini telah mengenalpasti darjah pemindahan latihan seeara keseluruhan dan juga pemindahan latihan meIalui aktiviti ceramah, latiban dinamika kumpulan dan aktiviti kejurulatihan. Dapatan menunjukkan darjah pemindahan latihan di kalangan responden majoritinya adalah tinggi, terutamanya melalui aktiviti 1atihan dinamika kumpulan. Kajian ini juga mengenalpasti halangan-halangan dalam pemindahan latihan melalui kajian terhadap ciri-ciri pelatih, ciri-ciri rekabentuk latihan dan ciri-ciri persekitaran kerja. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai peluang untuk memindahkan apa yang mereka pelajari kerana berdasarkan tanggapan mereka, darjah taburan skor ciri-ciri yang tersebut adalah di paras yang sederhana.

Item Type:Project Report
Subject:Transfer of training
Subject:Employees - Training of
Chairman Supervisor:Associate Professor Dr. Hj. Azimi Hj. Hamzah
Call Number:FPP 1998 62
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9058
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:04 Jan 2011 15:47
Last Modified:27 Jul 2011 11:44

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 04 Jan 2011 15:47.

View statistics for "Pemindahan Latihan Program Bina Negara di Kalangan Guru-Guru Wilayah Persekutuan"