UPM Institutional Repository

Pengaruh Disiplin Murid dan Suasana Kerja: Satu Kajian Kes Persepsi Guru Terhadap Motivasi Kerja di Sebuah Sekolah Menengah di Hulu Langat Selangor


Citation

Kadir, Idris (1998) Pengaruh Disiplin Murid dan Suasana Kerja: Satu Kajian Kes Persepsi Guru Terhadap Motivasi Kerja di Sebuah Sekolah Menengah di Hulu Langat Selangor. [Project Paper Report]

Abstract

Kesukaran menghadapi masalah disiplin murid di sekolah dan suasana kerja yang tidak menyokong adalah punca menyebabkan guru tidak bersemangat untuk bekerja. Ini mempengaruhi secara negatif dan memberi kesan psikologikal kepada motivasi guru terhadap tugas mereka maka objektif kajian ini ialah untuk mengkaji: (1) Persepsi guru lelaki dan perempuan tentang tingkah laku negatif murid; (2) Persepsi guru lelaki dan perempuan tentang perhatian murid yang positif; (3) Persepsi guru lelaki dan perempuan tentang pengaruh suasana kerja; (4) Persepsi guru tentang hubungan antara motivasi guru dengan tingkah laku negatif murid; (5) Persepsi guru tentang hubungan antara motivasi guru dengan perhatian murid yang positif dan; (6) Persepsi guru tentang hubungan antara motivasi guru dengan suasana kerja. Subjek kajian terdiri daripada 82 orang guru iaitu 31 orang guru lelaki dan 51 orang guru perempuan di sebuah Sekolah Menengah Primbun di Hulu Langat, Selangor. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur persepsi guru ialah soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif. Keputusan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan pendapat yang signifiken antara guru lelaki dan perempuan terhadap murid yang bertingkah laku negatif. Keputusan menyokong bahawa murid yang bertingkah laku negatif menyebabkan guru tidak bermotivasi terhadap tugas mengajar. Keputusan kajian ini sebaliknya menunjukkan bahawa murid yang memberikan perhatian yang positif menyebabkan guru lelaki dan perempuan bermotivasi tinggi terhadap tugas mengajar. Kajian juga mendapati bahawa faktor suasana kerja yang positif menyebabkan guru lelaki dan perempuan bermotivasi tinggi. Keputusan kajian secara keseluruhan. mendapati bahawa disiplin murid dan suasana kerja sangat berpengaruh terhadap motivasi kerja guru-guru.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_53_A.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Teachers - Job stress - Selangor - Hulu Langat - Case studies
Subject: School discipline - Selangor - Hulu Langat - Case studies
Call Number: FPP 1998 53
Chairman Supervisor: Profesor Madya. Dr. Habibah bt. Elias
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 04 Jan 2011 04:11
Last Modified: 26 Jul 2011 05:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9045
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item