UPM Institutional Repository

Kepuasan kerja di kalangan pegawai eksekutif wanita dalam perkhidmatan awam : satu kajian di Kementerian Pertahanan


Citation

Ishak, Salmah (1998) Kepuasan kerja di kalangan pegawai eksekutif wanita dalam perkhidmatan awam : satu kajian di Kementerian Pertahanan. [Project Paper Report]

Abstract

Pengetahuan mengenai kepuasan kerja di kalangan pegawal wanita dalam perkhidmatan awam di negara ini amat berkurangan. Tambahan pula terdapat keraguan terhadap keupayaan pegawai wanita menjalankan tugas profesional atas alasan peranan yang pelbagai. Keadaan ini menyebabkan tumpuan mereka terhadap kerja menurun dan seterusnya menjejaskan prestasi dan kepuasan kerja. Tujuan utama kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja pegawai wanita dalam satu orgnisasi perkhidmatan awam. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti perkaitan di antara angkubah-angkubah yang terpilih dengan kepuasan kerja. Kajian telah dijalankan ke atas 134 orang pegawai eksekutif wanita di Kementerian Pertahanan. Data telah dikumpul dengan menggunakan soalselidik yang diedarkan kepada mereka. Data dianalisis dengan menggunakan program Statistika versi 5.0 bagi mendapatkan keputusan deskriptif kajian. Manakala pengujian hipotesis dibuat melalui kaedah Spearman Rho untuk melihat perkaitan di antara setiap angkubah terpilih dengan kepuasan kerja pada tahap signifikan 0.05. Kajian ini mendapati responden mempunyai tahap kepuasan kerja keseluruhan yang baik berdasarkan kepada beberapa dimensi kepuasan kerja terpilih seperti hubungan dengan pihak atasan, suasana tempat kerja, beban kerja, rakan sepejabat, peluang kenaikan pangkat dan tempoh perkhidmatan. Daripada enam dimensi tersebut, responden mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi bagi tempoh perkhidmatan berbanding dimensi yang lain dan mempunyai tahap kepuasan kerja terendah bagi peluang kenaikan pangkat. Ujian hipotesis menunjukkan bahawa kepuasan kerja responden tidak mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan angkubah umur, tempat asal, status perkahwinan, bilangan anak, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan. Kajian mencadangkan supaya Kementerian Pertahanan menyusun struktur organisasi sesuai ke arah pencapaian kerja yang tinggi di kalangan pegawai wanita seperti saiz ruangan pejabat yang memuaskan; menyedia jadual bekerja berperingkat; dan menyusun semula unit latihan dengan memperbanyakkan kursus motivasi dan peningkatan kemahiran individu. Kajian akan datang juga dicadangkan supaya dilihat perkaitan antara faktor-faktor lain seperti yang terdapat dalam kajian ini dengan kepuasan kerja wanita dalam sektor awam dan sektor swasta.


Download File

[img] Text
FPP_1998_13 IR.pdf

Download (963kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Women in the civil service - Malaysia
Subject: Women government executives - Malaysia
Subject: Job satisfaction - Malaysia
Call Number: FPP 1998 13
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Hajah Maimunah bt Ismail
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 28 Dec 2010 06:48
Last Modified: 12 Mar 2024 00:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8996
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item