Iklim Organisasi dan Perkaitannya dengan Prestasi Kerja Guru Sekolah Menengah di Ampang

Raghavan, Prabagaran (1998) Iklim Organisasi dan Perkaitannya dengan Prestasi Kerja Guru Sekolah Menengah di Ampang. Masters project report, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
3713Kb

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan perkaitan di antara iklim organisasi dengan prestasi kerja guru sekolah menengah di Ampang. Populasi kajian ialah 529 orang guru sekolah menengah dengan sampel seramai 200 orang. Data dikumpul dari 175 responden dengan menggunakan soal selidik yang mereka nilai sendiri. Borang soal selidik yang digunakan terdiri dari enam item yang berkaitan dengan latar belakang guru, 37 item digubal untuk mengukur tahap iklim organisasi dan 12 item untuk mengukur tahap prestasi kerja. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, korelasi Pearson, dan ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan responden menganggap iklim organisasi adalah pada tahap sederhana dan prestasi kerja adalah pada tahap sederhana juga. Secara keseluruhan, iklim organisasi dengan prestasi kerja mempunyai perkaitan positif yang sederhana. Penemuan kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara persepsi guru siswazah dengan guru bukan siswazah terhadap prestasi kerja. Hasil kajian juga rnendapat tidak terdapat perbezaan di antara persepsi guru lelaki dengan guru wanita terhadap prestasi kerja. Kajian mencadangkan pentadbir sekolah harus memperbaiki dimensi-dimensi iklim organisasi sekolah yang lemah dan yang menjadi sebagai penghalang kepada peningkatan prestasi kerja guru. Kajian ini juga mencadangkan supaya kajian seterusnya dijalankan untuk membandingkan persepsi guru terhadap iklim organisasi dan prestasi kerja di sekolah rendah, sekolah swasta, dan sekolah asrarna penuh dengan rnenggunakan sampel yang lebih besar. Juga dicadangkan kajian akan datang menggunakan lebih ban yak dimensi iklim organisasi untuk mengukur tahap iklim organisasi.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Teachers - Job satisfaction - Selangor - Ampang
Subject:School management and organization - Selangor - Ampang
Chairman Supervisor:Dr. Foo Say Fooi
Call Number:FPP 1998 10
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8994
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:28 Dec 2010 06:29
Last Modified:25 Jul 2011 08:24

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 28 Dec 2010 06:29.

View statistics for "Iklim Organisasi dan Perkaitannya dengan Prestasi Kerja Guru Sekolah Menengah di Ampang"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.