UPM Institutional Repository

Kebolehpercayaan dan Kesahan Ramalan Instrumen Pengujian Bahasa Melayu Peperiksaan Percubaan STPM


Citation

Ali, Zaid (1997) Kebolehpercayaan dan Kesahan Ramalan Instrumen Pengujian Bahasa Melayu Peperiksaan Percubaan STPM. [Project Paper Report]

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran bahasa pelajar-pelajar tingkatan enam atas, kebolehpercayaan dan kesahan ramalan instrumen pengujian Bahasa Melayu, kertas 1, yang digunakan dalam peperiksaan percubaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di lima buah sekolah menengah atas, di daerah Batu Pahat, Johor. Kaedah kajian deskriptif tinjauan digunakan dalam penyelidikan ini. Seramai 250 orang pelajar tingkatan enam atas yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan percubaan STPM telah dipilih untuk menjadi sampel penyelidikan ini. Data-data penyelidikan diperoleh dengan menganalisis 15,000 respons jawapan aneka pilihan pelajar-pelajar. Data-data dianalisis untuk memperoleh frekuensi, min, peratus, dan sisihan piawai markat-markat ujian bagi menentukan tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran bahasa pelajar-pelajar tingkatan enam atas. Indeks Kesukaran (IK) dan Indeks Oiskriminasi (10) item instrumen pengujisn ditentukan berdasarkan formula IK dan 10 (Gronlund, 1977). Kebolehpercayaan instrumen pengujian pula ditentukan dengan menggunakan kaedah 'split half - Spearman Brown dan analisis statistik Pekali Alpha Cronbach, manakala analisis statistik Pekali Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan kesahan ramalan instrumen pengujian. Oapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan bahasa pelajarpelajar tingkatan enam atas di lima buah sekolah yang dikaji dalam aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa yang diuji adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis markat-markat untuk menentukan IK instrumen pengujian menunjukkan bahawa item-item ujian yang digunakan tidak mempunyai nilai IK item pengujian yang baik, begitu juga dengan nisbah pemeringkatan aras kesukaran item-item. Berhubung dengan 10 item pengujian, dapatan kajian menunjukkan bahawa instrumen pengujian yang digunakan dalam peperiksaan percubaan tersebut tidak mempunyai 10 item pengujian yang baik, sarna ada dari segi nilai 10 bagi setiap item ataupun nisbah keseimbangan taburan 10 item-item.Dari segi kebolehpercayaan instrumen pengujian pula, hasil kajian mendapati bahawa instrumen pengujian peperiksaan percubaan yang digunakan di sekolah-sekotah terse but mempunyai nilai indeks kebolehpercayaan yang lebih rendah daripada piawai indeks kebotehpercayaan pengujian, iaitu 0.85. Kajian ini membuktikan bahawa instrumen pengujian peperiksaan percubaan tersebut tidak mempunyai kebolehpercayaan sebagai instrumen penilaian rujukan norma. Hasil analisis statistik Pekali Korelasi Pearson membuktikan bahawa korelasi antara gred peperiksaan percubaan dengan gred STPM, mempunyai nilai korelasi yang rendah berbanding dengan piawai nilai kOTelasi kesahan ramalan instrumen pengujian rujukan norma yang baik. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa instrumen pengujian peperiksaan percubaan tersebut tidak mempunyai kesahan ramalan yang baik.


Download File

[img] PDF
FPP_1997_33_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Malay language - Study and teaching (Secondary) - Evaluation
Call Number: FPP 1997 33
Chairman Supervisor: Abdul Fatah Bin Abdul Malek, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 28 Dec 2010 02:20
Last Modified: 25 Jul 2011 08:04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8979
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item