Abdul Yazid, Nor Mohd Zulkarnain (1997) Keberkesanan Latihan: Pengalaman Sebuah Agensi Pengembangan di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1059Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perkara yang membantu meningkatkan keberkesanan latihan. Secara yang lebih terperinci kajian ini bertujuan untuk (1) mengenalpasti perlaksanaan Kursus Kejurulatihan Agensi Pengembangan Malaysia (APM), (2) mengenalpasti pandangan peserta terhadap keberkesanan kursus tersebut, (3) mengenalpasti perkara yang membantu meningkatkan keberkesanan Jatihan dan (4) mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan APM bagi menjayakan Kursus Kejurulatihan APM . Penyelidik telah menemuduga secara terperinci seramai sepuluh orang peserta Kursus Kejurulatihan APM, lima orang pegawai dari salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia yang bertindak sebagai fasilitator dan mengendalikan kursus tersebut serta seramai empat orang pegawai yang mewakili pihak pengurusan APM. Kesemua temuduga telah dirakam yang kemudiannya ditranskrib terus ke komputer secara verbatim. Dokumen yang mengandungi maklumat tentang perlaksanaan Kursus Kejurulatihan APM juga digunakan sebagai sumber data. Data telah dianalisis melalui proses pembentukan item, pengkodan dan membentuk kategori. Kesimpulan bagi kajian ini ialah (1) Kursus Kejurulatihan APM mencapai tahap keberkesanan yang membanggakan, (2) lapan perkara dapat membantu meningkatkan keberkesanan latihan termasuklah kejelasan objektif, motivasi, penyediaan dan penyusunan pengalaman pembelajaran yang bersesuaian, bimbingan dan maklum balas, pemindahan pembelajaran, susulan dan maklumbalas, kesesuaian tempat latihan serta sokongan daripada pihak pengurusan organisasi, (3) pihak pengurusan APM memainkan peranan penting di peringkat sebelum, semasa dan selepas latihan bagi menjayakan Kursus Kejurulatihan APM, (4) tiga rakan kongsi utama termasuklah peserta, fasilitator dan pihak pengurusan APM membantu meningkatkan keberkesanan latihan. Kajian ini telah memberikan maklumat yang berguna mengenai perkara yang membantu meningkatkan keberkesanan latihan.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Training needs - Malaysia - Case studies |
| Chairman Supervisor: | Dr. Mazanah Muhamad |
| Call Number: | FPP 1997 17 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 8965 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 27 Dec 2010 14:57 |
| Last Modified: | 27 Dec 2010 14:59 |
Repository Staff Only: item control page