Simple Search:

UPM Himpun Pelajar Landskap Negara


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) UPM Himpun Pelajar Landskap Negara. [UPM News]

Abstract / Synopsis

SERDANG, 13 Disember – Assembly Architecture Students Malaysia (ALAM) 2010 berjaya menghimpun pelajar dari jurusan landskap seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) oleh Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk berkongsi isu dan kreativiti seni bina landskap. Program selama lima hari yang dihadiri oleh 180 peserta itu mengadakan aktiviti seperti forum seni bina, landskap bengkel, persembahan malam kebudayaan, tree planting dan explore race. ALAM dinaungi oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) mengadakan beberapa forum senibina iaitu Here In My Home, Burn The Kitchen, Through My Window, I Can See.., dan There Is No Place Like Home. ALAM menghimpunkan pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Shah Alam, UiTM Seri Iskandar Perak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Komuniti Selandar Melaka dan Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka. Majlis di Panggung Percubaan UPM yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohd Fauzi Ramlan itu bertemakan ‘there is no place like home’ iaitu untuk menghayati peranan mereka sebagai khalifah yang menjaga alam sekitar serta tidak melakukan pencemaran di muka bumi.


Download File

[img]
Preview
PDF
UPM_Himpun_Pelajar_Landskap_Negara.pdf

Download (82kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 23 Dec 2010 18:01
Last Modified: 27 May 2013 15:40
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8914
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item