UPM Institutional Repository

Kesan Penggunaan Pelbagai Media Pengajaran ke Atas Prestasi Penulisan Karangan Pelajar Menengah Atas


Citation

Mustapha, Rafiei (1994) Kesan Penggunaan Pelbagai Media Pengajaran ke Atas Prestasi Penulisan Karangan Pelajar Menengah Atas. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Kajian eksperimental ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan media bercetak, gabungan media bercetak dengan audio dan gabungan media bercetak dengan video ke atas prestasi penulisan karangan pelajar peringkat menengah atas. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang pelajar berumur antara 17 hingga 18 tahun dari dua buah kelas tingkatan lima Sekolah Menengah Kerajaan Datuk Patinggi Abdul Gapor, Kuching, Sarawak. Kajian ini rnenggunakan Rekabentuk Kurnpulan Kawalan Ujian Pra dan Ujian Pasca (Pretest-posttest Control Group Design). Sampel dibahagikan secara rawak kepada empat kumpulan iaitu KEI, KE2, KE3 dan KK yang mengandungi 20 orang pelajar bagi setiap kumpulan. KEI didedahkan dengan rangsangan media bercetak, KE2 didedahkan dengan gabungan rangsangan media bercetak dan audio, KE3 didedahkan dengan gabungan bercetak dan video sementara KK yang merupakan kumpulan kawalan didedahkan dengan kaedah pengajaran tradsional. Ujian pra diberikan serentak kepada semua kumpulan sampel. Ujian pasca dijalankan empat hari kemudiannya iaitu sebaik sahaja setiap kumpulan didedahkan kepada rangsangan media, pelbagai media atau kaedah pengajaran tradisional yang telah ditetapkan. Ujian-t bagi Dua Min Sampel Bersandar, Analisis Kovarians dan Ujian Scheffe digunakan dalam penganalisisan data. Aras signifikan untuk semua pengujian statistik ialah 0.05. Dapatan kajian menunjukkan rangsangan media bercetak (KEl) dan gabungan rangsangan media bercetak dengan video (KE3) telah meningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan karangan. Gabungan rangsangan media bercetak dengan audio (KE2) dan kaedah pengajaran tradisional (KK) tidak meningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan karangan. Prestasi dalam penulisan karangan pelajar yang dirangsang dengan media bercetak (KEl ), gabungan media bercetak dengan audio (KE2) dan gabungan media bercetak dengan video (KE3) adalah lebih baik daripada prestasi dalam penulisan karangan pelajar yang diajar dengan kaedah pengajaran tradisional (KK). Hasil kajian juga mendapati gabungan media bercetak dengan video (KE3) merupakan rangsangan yang mendatangkan kesan paling tinggi, sementara kaedah pengajaran tradisional (KK) mendatangkan kesan paling rendah terhadap prestasi pelajar dalam penulisan karangan.


Download File

[img] PDF
FPP_1994_8_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Composition and exercises - Study and teaching - Audio-visual aids
Subject: Language and languages - Composition and exercises - Study and teaching - Audio-visual aids
Call Number: FPP 1994 8
Chairman Supervisor: Naim bin Haji Ahmad, Ed.D
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 23 Dec 2010 09:23
Last Modified: 23 Dec 2010 09:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8901
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item