Suaidi, Norhayati (1994) Faktor-Faktor Peribadi dan Keluarga Yang Berkaitan Dengan Konsep Kendiri Pelajar Remaja daripada Keluarga Bercerai: Satu Kajian Kes. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
3121Kb |
Abstract
Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan perkaitan konsep kendiri dcngan masalah peribadi, masalah keluarga dan hubungan kekeluargaan pelajar remaja daripada keluarga bercerai. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan dalam konsep kendiri pelajar berdasarkan jantina, tempat tinggal dan status sosioekonomi keluarga. Subjck kajian terdiri daripada 130 orang remaja daripada keluarga bercerai. Mereka telah dikenalpasti daripada biodata ibu bapa mereka yang berdaftar di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka sedang belajar di sekolah rendah dan menengah kerajaan di Kuala Lumpur, Sclangor dan Pahang. Satu set soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang profit pelajar, mereka peribadi. masalah keluarga dan hubungan kekeluargaan dalam keluarga mereka. Alat ujian "Skala Konsep Kendiri Tennessee" telah digunakan untuk mendapatkan maklumat ten tang konsep kendiri pelajar. "Senarai Semak Masalah Mooney" telah digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah pelajar dan "Skala Keluarga" telah digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang hubungan kekeluargaan.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Self-perception in adolescence - Malaysia - Case studies |
| Subject: | Children of divorced parents - Malaysia - Case studies |
| Subject: | Adolescent psychology - Malaysia - Case studies |
| Chairman Supervisor: | Mizan Adiliah Bt. Ahmad Ibrahim, PhD |
| Call Number: | FPP 1994 1 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 8891 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 23 Dec 2010 08:50 |
| Last Modified: | 23 Dec 2010 08:53 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 23 Dec 2010 08:50.