Mohamad, Abu Bakar (1993) Analisis Pembolehubah Demografi yang Berkaitan dengan Minat dan Pencapaian Akademik Pelajar dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 667Kb |
Abstract
Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan kaitan antara minat dan pencapaian dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Disamping itu, kajian ini cuba menentukan hubungan diantara pembolehubah demografi seperti lokasi, jantina, ras dan status sosioekonomt dengan minat dan pencapaian. Kajian ini juga cuba menentukan sama ada wujud perbezaan dalam minat dan pencapaian mengikut klasifikasi demografi. Empat ratus lima puluh pelajar telah dipilih secara rawak daripada sekolah menengah bandar dan luar bandar dinegeri Johor. Oua jenis instrumen digunakan untuk kajian ini: soal selidik dan bahan ujian. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data berkaitan dengan pembolehubah demografi pelajar dan minat mereka terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Bahan ujian pula digunakan untuk mendapatkan skor pencapaian pelajar. Data dianalisis menggunakan SPSS PC+. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan untuk menguji hipotesis.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Academic achievement - Case studies |
| Subject: | Life skills - Johor - Case studies |
| Subject: | Educational psychology - Case studies |
| Chairman Supervisor: | Ramlah Bt Hamzah PhD |
| Call Number: | FPP 1993 4 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 8887 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 23 Dec 2010 16:39 |
| Last Modified: | 23 Dec 2010 16:42 |
Repository Staff Only: item control page