Simple Search:

Kesalahan Tatabahasa dan Tanda Bacaan Pelajar-pelajar Melayu di Peringkat Sekolah Menengah Bawah Daerah Brunei/Muara dan Daerah Tutong: Satu Perbandingan


Citation

Pengiran Damit, Pengiran Mahmud (1992) Kesalahan Tatabahasa dan Tanda Bacaan Pelajar-pelajar Melayu di Peringkat Sekolah Menengah Bawah Daerah Brunei/Muara dan Daerah Tutong: Satu Perbandingan. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract / Synopsis

Penyelidikan ini cuba mendapatkan data tentang kesalahan tatabahasa dan tanda bacaan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar Melayu yang belajar di Tingkatan Dua, iaitu dua buah sekolah menengah dari daerah Tutong, dan dua buah sekolah menengah dari daerah Brunei/Muara. Dua bentuk ujian telah di kemukakan kepada sampel, iaitu ujian menulis karangan dan ujian objektif pelbagai pilihan. Kedua-dua ujian tersebut bertujuan untuk mencari kesal ahan dalam aspek penggunaan imbuhan, penggunaan perkataan, pembentukan ayat dan penggunaan tanda bacaan. Setelah semua data diproses dan dianalisis, penyelidikan ini telah menghasilkan dapatan-dapatan dan rumusan-rumusan seperti yang berikut: (i) Dalam 200 buah karangan yang jumlah perkataannya lebih kurang 30,000 patah, didapati sampel tel ah melakukan kesalahan sebanyak 1,736. Purata kesalahan bagi setiap sampel adalah 8.68. Sementara dalam ujian objektif pelbagai pili han yang mempunyai sebanyak 10,000 soalan semuanya, didapati sampel telah melakukan kesalahan sebanyak 2,030. Purata kesalahan seti ap sampel bagi ujian ini adalah sebanyak 10.15. Jumlah kesal ahan bagi setiap sam pel untuk keduadua ujian adal ah sebanyak 18.83 kali, atau sebanyak 9.4 bagi setiap sampel untuk satu jenis ujian, (ii) Dalam ujian karangan aspek yang paling tinggi kekerapan kesalahannya dilakukan sampel ialah pembentukan ayat, iaitu sebanyak 624 atau 35.94%. Sementara dalam ujian objektif pelbagai pilihan pula didapati kesalahan aspek tanda baeaan yang paling tinggi kekerapannya, iaitu sebanyak 787 atau 38.77%.


Download File

[img] PDF
FPP_1992_4_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Brunei - Muara - Grammar - Errors of usage
Subject: Malay language - Brunei - Tutong- Grammar - Errors of usage
Subject: Malay language - Brunei - Muara - Punctuation - Errors of usage
Call Number: FPP 1992 4
Chairman Supervisor: Professor Madya Dr. Abdul Hamid Mahmood
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 23 Dec 2010 15:39
Last Modified: 12 Sep 2011 09:39
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8876
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item