Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Atas Negeri di Pontianak, Indonesia

Yusuf, Abas (1991) Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Atas Negeri di Pontianak, Indonesia. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
581Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mempelajari persepsi di kalangan para pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunsel ing di sekolah menengah atas negeri di Pontianak, Indonesia. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif ini menggunakan soal selidik berskala Likert yang mengandungi 42 soalan yang terdiri daripada 33 pernyataan tentang persepsi pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah dan 9 pernyataan tentang persepsi pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Subjek kajian adalah pelajar-pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri 3 Pontianak seramai 412 orang. Didapati bahawa para pelajar menunjukkan persepsi yang positif terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Para pelajar juga menunjukkan persepsi yang positif terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam meningkatkan pencapa ian akademik pelajar. Hasil analisis data secara inferensi mendapati bahawa faktor-faktor pengetahuan pelajar tentang bimbingan dan kaunseling di sekolah, tingkatan kelas pelajar, pendidikan bapa pelajar, pendidikan ibu pelajar dan pendapatan ibu pelajar mempengaruhi persepsi pelajar terhadap peranan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.Manakala faktor pengetahuan pelajar tentang bimbingan pelajar dan kaunseling dan faktor tingkatan kelas guru mempengaruhi bimbingan dan persepsi pelajar terhadap peranan kaunseling dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Students - Malaysia - Pontianak - Attitudes
Subject:Teacher participation in educational counseling - Indonesia - Pontianak
Chairman Supervisor:Dr. Mizan Adiliah binti Ahmad Ibrahim
Call Number:FPP 1991 4
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8867
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:23 Dec 2010 05:14
Last Modified:23 Dec 2010 05:15

Repository Staff Only: item control page


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.