Keyword Search:

Kelestarian Akar Melayu Glokal: Tinjauan Terhadap Bahasa Minoriti Orang Melayu Proto

Yusop, Mohd Sharifudin (2006) Kelestarian Akar Melayu Glokal: Tinjauan Terhadap Bahasa Minoriti Orang Melayu Proto. In: Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu , 8-9 November 2006, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Full text not available from this repository.

Abstract

Robertson (1997) mencetuskan konsep glokalisasi dalam menghuraikan dasar feudal pertanian Jepun yang berusaha memantapkan corak pertanian tempatan sambil meneroka potensi pasaran produk dan ilmu taninya di peringkat antarabangsa. Sarjana Sosiolinguistik, Fishman (2002) mengambil konsep tersebut untuk menghuraikan fenomena pengancaman terhadap bahasa minoriti kerana menurutnya, globalisasi semata-mata tidak boleh dituduh sebagai pengancam hayat sesuatu bahasa dan membawanya ke arah kepupusan. Ini kerana katanya, variabel lokal juga masih amat berpengaruh untuk membunuh sesuatu bahasa itu. Selanjutnya, Najib (2005) menggunakan istilah glokal untuk menggesa bangsa Melayu menjadi bangsa yang ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan bangsa Amerika, Eropah, Jepun atau Korea sekalipun. Beliau mencitakan bangsa Melayu yang berani bersaing dengan bangsa penakluk dunia, namun tetap ‘berpijak di bumi nyata’. Ketiga-tiga gagasan ini memberikan gambaran bahawa untuk menangani era globalisasi yang bercirikan langit terbuka, dunia tanpa sempadan dan perkampungan sejagat; sesuatu bangsa itu perlu bijak mengatur sinergi variabel-variabel sosiologi masing-masing supaya tidak tewas dalam persaingan. Salah satu variabel tunjang ialah bahasa yang diperkuat oleh keserabutan akar-akarnya. Justeru bangsa Melayu Glokal akan membawa bersama bahasa Melayu yang juga glokal, maka kertas kerja ini berhasrat menyelongkar salah satu akar bahasa Melayu; iaitu bahasa minoriti Orang Melayu Proto di Johor. Kajian secara etnografi yang dilakukan terhadap dua suku kaum Melayu Proto; iaitu suku Kanaq dan suku Duano, mendapati bahawa bahasa kedua-dua suku tersebut sedang mengalami proses obsolesensi dan kian reput dimamah zaman dan pelbagai angkubah lain. Jika usaha pelestarian tidak dibuat dalam waktu terdekat untuk menstabilkan kenazakan bahasa kedua-dua suku ini khususnya, dan juga bahasa 16 suku Orang Asli yang lain, bahasa Melayu akan kehilangan akar-akarnya dan kekuatannya meladeni globalisasi akan diragui. Sekarangpun kita sudah ragu menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu Matematik dan Sains. Dalam keadaan sebegini, mampukah kita menongkat langit terbuka untuk menjadi bangsa Melayu Glokal?

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subject:Altaic languages
Subject:Malays (Asian people)
Faculty or Institute:Faculty of Modern Language and Communication
ID Code:8846
Deposited By: Erni Suraya Abdul Aziz
Deposited On:21 Dec 2010 07:27
Last Modified:21 Dec 2010 07:30

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 21 Dec 2010 07:27.

View statistics for "Kelestarian Akar Melayu Glokal: Tinjauan Terhadap Bahasa Minoriti Orang Melayu Proto"

 
 
 
 

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is powered by EPrints 3 which is developed by the School of Electronics and Computer Science at the University of Southampton. More information and software credits.
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository supports OAI 2.0 with a base URL of http://psasir.upm.edu.my/cgi/oai2
Best viewed using IE version 7.0 (and above) Mozilla Firefox version 3 (and above) with the resolution of 1024 x 768.