Sukan Massa Sebagai Mekanisma Pembangunan Komuniti: Satu Kajian Kes Mengenai Pemahaman dan Pendekatan

Arshad, Zaini (2003) Sukan Massa Sebagai Mekanisma Pembangunan Komuniti: Satu Kajian Kes Mengenai Pemahaman dan Pendekatan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
521Kb

Abstract

Sukan memberi pelbagai kesan positif kepada individu yang menyertainya dan ia berpotensi menjadi instrumen untuk mencapai pelbagai tujuan, baik di peringkat individu itu sendiri dan juga untuk pembangunan komunitinya. Oleh itu kajian ini cuba mengenal pasti sama ada pemahaman para pegawai di agensi kerajaan yang terlibat, hala tuju dan pendekatan yang telah diambil oleh mereka serta tanggapan dan penyertaan komuniti dapat merealisasikan potensi sukan massa ini sebagai mekanisma pembangunan komuniti. Kajian secara kualitatif sebagai kaedah utama ini dijalankan melalui kajian kes dan pengkaji memilih kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai lokasi kajian. Pengumpulan data di peringkat pegawai perancang di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pegawai pelaksana di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Gombak, Selangor dan MPS serta komuniti adalah diperolehi melalui temubual secara mendalam. Di peringkat komuniti, pengumpulan data mengenai tanggapan terhadap sukan massa dan penyertaan mereka turut disokong dengan kaedah kuantitatif melalui soaselidik. Pegawai-pegawai agensi kerajaan yang menjadi responden kajian adalah terdiri dari pegawai pengurusan tertinggi dan pegawai pengurusan pertengahan yang terlibat secara lang sung dalam perancangan atau pelaksanaan program pembangunan sukan massa. Manakala responden di peringkat komuniti adalah dari kalangan mereka yang menyertai sukan massa secara aktif dan berterusan. Pemahaman pegawai terhadap konsep dan falsafah dan tanggapan positif komuniti terhadap faedah sukan massa memperlihatkan bahawa sukan massa amat berpotensi untuk menjadi mekanisma pembangunan komuniti. Faedah-faedah positif sukan massa yang d itanggap adalah dalam peningkatan kesihatan dan kecergasan, pembentukan disiplin dan penggunaan masa secara berfaedah serta peningkatan jalinan interaksi sosial kepada individu yang menyertainya dapat menyokong ke arah pembangunan komuniti. Sokongan kepada pembangunan komuniti ini adalah melalui peningkatan produ ktiviti yang memberi nilai ekonomi, pengurangan masalah sosial dan jenayah yang memberi keamanan dan keselamatan dan pemupukan perpaduan yang menyatupadukan komuniti. Kesemua faedah ini menjadikan komuniti lebih berpotensi dan bersedia untuk mencapai potensi dan matlamat pembangunannya.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Sports - Case studies
Subject:Community development
Chairman Supervisor:Dr. Asnarulkhadi bin Abu Samah, PhD
Call Number:FEM 2003 1
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
ID Code:8787
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:17 Dec 2010 09:17
Last Modified:17 Dec 2010 09:19

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 17 Dec 2010 09:17.

View statistics for "Sukan Massa Sebagai Mekanisma Pembangunan Komuniti: Satu Kajian Kes Mengenai Pemahaman dan Pendekatan"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.