Simple Search:

Pengaruh Sikap dan Caragaya Kebapaan Terhadap Salah Laku Remaja Melayu Bersekolah


Citation

Zakaria, Khuzaimah (2001) Pengaruh Sikap dan Caragaya Kebapaan Terhadap Salah Laku Remaja Melayu Bersekolah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini bertujuan untuk menentukan sikap dan caragaya kebapaan, perkaitan dan sumbangannya terhadap salah laku remaja Melayu bersekolah di bandar. Kajian ini telah dijalankan di beberapa bUah sekolah di sekitar daerah Seremban, Negeri Sembilan. Teknik persempelan bertujuan telah digunakan untuk mengenalpasti sampel kajian yang terdiri daripada 250 pelajar salah laku, tingkatan empat berbangsa Melayu yang tinggal bersama bapa. Maklumat sikap dan caragaya bapa dikenalpasti melalui persepsi remaja dengan menggunakan borang soal selidik. Sikap kebapaan diukur menggunakan Parental Bonding Instrumen (Parker et al., 1994). Caragaya kebapaan di ukur menggunakan Parental Authority Questionnaire (Burl, 1994) dan salah laku remaja diukur menggunakan skala Achenbach's Delinquency (Vazsongyi et.al., 1997). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science for Windows (SPSS for Windows). Ujian-t, Ujian ANOVA Satu hala serta Pos Hoc Scheffe, Pekali Korelasi Pearson dan Analisis Regresi Berganda (stepwise) telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Kajian mendapati 52.4% tahap salah laku responden adalah diperingkat sederhana. Hasil Ujian-t menunjukkan tiada perbezaan signifikan tahap salah laku antara remaja Melayu bersekolah lelaki dan perempuan. Tiada perbezaan signifikan tahap salah laku antara remaja Melayu bersekolah aliran sains dan kemanusiaan. Ujian-t juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan tahap salah laku remaja Melayu bersekolah antara bapa bersikap prihatin dengan bapa bersikap mengongkong. Ujian ANOVA Satu Hala menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (F=3.18, p≤0.05) tahap salah laku remaja Melayu bersekolah antara bapa autoritarian dengan bapa autoritatif dan permisn. Ujian Pekali Pearson menunjukkan tiada perkaitan signiflkan tahap salah laku remaja Melayu bersekolah dengan umur, pendidikan dan pendapatan bapa.


Download File

[img] PDF
FEM_2001_5_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Family life education
Call Number: FEM 2001 5
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Rozumah Baharudin
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 17 Dec 2010 12:32
Last Modified: 28 Oct 2014 09:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8777
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item