Pembelajaran Berbantukan Komputer - Pendekatan Model Gabungan : Kajian Kes Pegawai Pengurusan Atasan Sektor Awam

Mohamad, Kamaruzaman (2002) Pembelajaran Berbantukan Komputer - Pendekatan Model Gabungan : Kajian Kes Pegawai Pengurusan Atasan Sektor Awam. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
779Kb

Abstract

Penerimaan dan penggunaan IT oleh pengurus kanan menjadi faktor penting kejayaan pelaksanaannya. Kajian-kajian lepas menunjukkan penerimaan dan penggunaan IT oleh pengurus kanan adalah rendah, ini disebabkan oleh perasaan ancaman terhadap kebolehan dan kepakaran dan ancaman terhadap asas-asas kuasa mereka. Maka satu kaedah pembelajaran yang sesuai perlu dikenal pasti untuk meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaan IT di kalangan pengurus kanan. Kaj ian adalah bertujuan untuk memilih dan mencadangkan model pembelajaran yang sesuai untuk digunakan terhadap pengurus kanan, seterusnya menguji keberkesanan model pembelajaran yang digunakan. Model gaya pembelajaran tak terarah dengan menggunakan kaedah kaunseling telah dipilih bersama teori keperluan pembelajaran pengurus kanan. Kajian difokuskan kepada kesan penggunaan prototaip Sistem Maklumat Eksekutif Perbendaharaan Malaysia yang dibangun berasaskan model gabungan terhadap penerimaan dan penggunaan IT di kalangan pengurus kanan di Perbendaharaan Malaysia. Tiga kaedah telah digunakan untuk mengumpul maklumat iaitu kaedah temubual tidak berstruktur, pengujian penggunaan prototaip sistem dan penggunaan borang soal selidik. Kajian mendapati tahap dan penerimaan dan penggunaan IT di kalangan pengurus kanan sebelum penggunaan prototaip sistem adalah rendah. Kajian kesan penggunaan prototaip Sistem Maklumat Eksekutif Perbendaharaan Malaysia (SMEPM) yang dibangun berasaskan model gabungan mendapati semua responden selesa menggunakan prototaip sistem yang dibangunkan. Hasil kajian juga mendapati kesemua responden memahami dan menerima secara positif terhadap kepentingan dan keperluan penggunaan IT di Perbendaharaan Malaysia. Kesimpulannya, penggunaan prototaip sistem yang dibangun berasaskan model gabungan daripada model pembelajaran tak terarah dengan menggunakan kaedah kaunseling dan teori keperluan pembelajaran pengurus kanan dapat meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaan IT di kalangan pengurus kanan di Perbendaharaan Malaysia.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Computer-assisted instruction - Case studies.
Subject:Professional employees - Case studies.
Chairman Supervisor:Professor Madya Hj. Mohd. Hasan Selamat
Call Number:FSKTM 2002 7
Faculty or Institute:Faculty of Computer Science and Information Technology
ID Code:8689
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:09 Dec 2010 07:07
Last Modified:27 Jun 2012 01:36

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 09 Dec 2010 07:07.

View statistics for "Pembelajaran Berbantukan Komputer - Pendekatan Model Gabungan : Kajian Kes Pegawai Pengurusan Atasan Sektor Awam "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.