Penglibatan Kakitangan Dalam Perancangan Strategik Sistem Maklumat (SISP) di Malaysia

Mohd Loky, Umi Zurina (2001) Penglibatan Kakitangan Dalam Perancangan Strategik Sistem Maklumat (SISP) di Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
647Kb

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat yang pesat memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat yang berdaya fikir. Perubahan demi perubahan yang berlaku telah mencorakkan satu kehidupan manusia yang dipengaruhi oleh kemajuan teknologi ini. Dari era pemprosesan data kini tumpuan telah beralih kepada era perancangan strategik sistem maklumat (SISP). SISP dianggap sebagai satu isu yang penting dan ia menjadi cabaran di kalangan pengurus dan orang-orang yang terlibat dalam bidang sistem maklumat bagi mengekalkan kelebihan bersaing dalam operasi pemiagaan mereka. Penglibatan individu tertentu merupakan salah satu faktor yang menentukan kejayaan atau kegagalan perancangan strategik yang dibuat. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tentang tahap pelaksanaan SISP di organisasi, tahap penglibatan kakitangan dalam SISP, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penglibatan kakitangan dalam SISP dan individu yang perlu terlibat dalam SISP. Pungutan data dilakukan melalui pengedaran borang soal-selidik kepada organisasi yang telah ditentukan. Hasil kajian mendapati kebanyakan organisasi telah mempunyai SISP dan tahap penglibatan kakitangan dalam SISP adalah di tahap sederhana. Analisa statistik pula mendapati faktor jawatan mempengaruhi tahap penglibatan kakitangan dalam SISP manakala pengurus atasan, personel teknologi maklumat dan personel bukan teknologi maklumat merupakan individu yang perlu terlibat dalam SISP. Satu model dan prototaip sistem tahap penglibatan kakitangan dalam SISP telah dihasilkan.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Management - Employee participation - Malaysia.
Subject:Strategic planning - Employee participation - Malaysia.
Chairman Supervisor:Professor Madya Mohd Hasan Bin Selamat
Call Number:FSKTM 2001 7
Faculty or Institute:Faculty of Computer Science and Information Technology
ID Code:8667
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:09 Dec 2010 02:18
Last Modified:26 Jun 2012 04:22

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 09 Dec 2010 02:18.

View statistics for "Penglibatan Kakitangan Dalam Perancangan Strategik Sistem Maklumat (SISP) di Malaysia"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.