Penghasilan Sebatian Bioaktif, Azadirachtin Mentah Daripada Kultur Kalus dan Sel Ampalan Azadirachta Indica., A .Juss (Mambu)

Simoh, Sanimah (1997) Penghasilan Sebatian Bioaktif, Azadirachtin Mentah Daripada Kultur Kalus dan Sel Ampalan Azadirachta Indica., A .Juss (Mambu). Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
893Kb

Abstract

Kalus dan sel ampaian tumbuhan mambu (Azadirachta indica A. JUSS) telah berjaya di perolehi daripada eksplan daun mudanya setelah dikulturkan di dalam suatu medium as as Murashige & S koog (MS) yang mengandungi 1.86mg/L NAA dan 0.2mg/L BAP. Profit pertumbuhan kalus dan sel ampaian serta analisis ke atas kandungan azadirachtin mentahnya turut di lakukan. Azadirachtin mentah yang telah berjaya di hasilkan daripada kalus dan sel ampaian A.indica di dapati meningkat secara maksimum semasa sel berada pada akhir fasa logarisma atau bermulanya fasa pegun di mana pertumbuhan atau pembahagian sel mula menurun atau berhenti. Ini menunjukkan bahawa penghasilan azadirachtin mentah ini tidak mempunyai perkaitan rapat dengan pertumbuhan kultur sel tersebut ('non-growth associated'). Penghasilan azadirachtin mentah di dapati lebih tinggi bagi kultur kalus dan sel ampaian yang telah dieramkan di dalam keadaan terang iaitu peningkatan maksimum masing-masing sebanyak 72% dan 59%, berbanding dengan peningkatan maksimum bagi penghasilan azadirachtin yang dikulturkan di dalam keadaan gelap iaitu 58% dan 34% . B ioasai sitotoksisiti telah menunjukkan bahawa fraksi organik etanol (F001), klorofom (F003) dan metanol (F005) yang di perolehi daripada tisu daun A.indica, kalus dan sel ampaiannya berupaya menunjukkan kesan sitotoksisiti kepada pertumbuhan bijibenih Brassica chinensis. Fraksi etanol (F001) daripada tisu daun A.indica berupaya menunjukkan aktiviti perencatan yang paling ketara berbanding dengan fraksi lain samada daripada tisu daun, kalus atau sel ampaiannya, iaitu rawatan pada kepekatan 250ppm ekstrak berupaya merencat pemanjangan hipokotil sebanyak 73% berbandi ng dengan kawalan. Bioasai larvasidal ke atas larva serangga Tribolium castaneum telah menunjukkan bahawa fraksi-fraksi organik etanol (F001), klorofom (F003), dan metanol (F005)) yang di perolehi daripada tisu daun A.indica, kalus dan sel ampaiannya berupaya menyebabkan perencatan terhadap pertumbuhan larva tersebut, walaupun tiada sebarang mortaliti larva di perhatikan sepanjang bioasai ini di jalankan. Keadaan ini berkemungkinan di sebabkan oleh sebatian bioaktif yang bertanggungjawab memberikan kesan perencatan ini, berupaya mengaruhkan pelbagai kesan perencatan ('multiple effect') yang menyebabkan berlakunya gangguan kepada pertumbuhan larva T.castaneum tersebut. Fraksi metanal daripada tisu daun Aindica telah menunjukkan aktiviti perencatan yang paling ketara berbanding dengan fraksi lain sam ada daripada tisu daun, kalus atau sel ampaiannya terutamanya rawatan pada kepekatan 125ppm ekstrak, di mana telah menyebabkan perencatan sebanyak 50% berbanding dengan kawalan. Ujian penghindar serangga telah menunjukkan bahawa hanya serbuk daun A.indica sahaja yang berupaya menunjukkan pengaruh sebagai suatu agen penghindar serangga terutamanya terhadap serangga Tribolium castaneum ini, sementara serbuk kalus dan sel ampaiannya tidak langsung menunjukkan sebarang pengaruh. Pendedahan 4% serbuk daun Aindica kepada serangga T. castaneum berupaya menyebabkan 40% daripada serangga ini menghindari atau menjauhi serbuk daun tersebut.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Bioactive compounds
Subject:Azadirachta
Chairman Supervisor:Dr. Radzali Muse, PhD
Call Number:FSAS 1997 10
Faculty or Institute:Faculty of Environmental Studies
ID Code:8625
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:06 Dec 2010 08:00
Last Modified:08 May 2012 07:47

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.