Penghasilan Sel Hibridoma Menggunakan Teknik Elektrofusion

Hamid, Muhajir (1995) Penghasilan Sel Hibridoma Menggunakan Teknik Elektrofusion. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
4017Kb

Abstract

Pelakuran sel-sel somatik untuk menghasilkan sel hibrid adalah teknik yang telah meluas digunakan dalam kebanyakan bidanq biologi sel. Elektrofusion adalah di antara teknik yang digunakan untuk tujuan pelakuran sel. Fenomena pemecahan membran secara berbalik apabila diaruh oleh arus elektrik adalah faktor utama berlakunya pelakuran sel. Parameter yang sesuai seperti kekuatan medan arus elektrik, komposisi media pelakuran, jenis sel dan cara pengendalian perlu dikaji selidik sebelum melakukan proses pelakuran. Kaj ian dihuat untuk memilih beberapa parameter yang sesuai dalam penghasilan sel hibridoma melalui pelakuran sel Sp2/-Ag14 dengan sel limfosit mencit yang diimunisasi dengan Virus Sampar Ayam (NDV) strain AF2240. Kajian kemandirian menunjukkan osmolari ti media pelakuran, kekuatan dan masa pendedahan medan elektrik adalah parameter yang memheri kesan kepada kemandirian sel. Media pelakuran inositol didapati lebih baik sebagai media pelakuran berbanding media pelakuran glukosa berdasarkan kepada peratus penghasilan sel hibridoma dan kemampuan dalam mengekalkan tahap kemandirian sel. Arus ulang alik pada voltan 350 v/cm dan frekuensi 2 MHz didapati sesuai untuk proses penjajaran sel limfosit dan Sp2/0-Ag14. Arus terus pada voltan 3 kV/cm dengan tiga kali denyutan pada tempoh masa 10 mikrosaat bagi setiap denyutan adalah berkesan untuk mengaruh pelakuran sel. Perawatan dengan media hipo-osmolar 75 mOs/kg juga dapat meninggikan kemungkinan untuk ber lakunya pelakuran. Teknik elektrofusion juga didapati sesuai digunakan jika kepekatan sel yang digunakan adalah kurang daripada 106/ml. Tetapi jika sel yang digunakan adalah pada kepekatan tinggi iai tu melebihi 1011ml, teknik PEG adalah lebih sesuai kerana lebih murah dan mudah. Dalam penghasilan antibodi monoklon, teknik elektrofusion telah berjaya menghasilkan beberapa klon sel hibridoma yang merembeskan antibodi monoklon terhadap virus Sampar Ayam (NDV). Pengkelasan antibodi juga telah dibuat dan didapati kebanyakkan klon merembeskan antibodi kelas IgG yang mempunyai rantai ringan jenis lambda. Analisis imunoblot menunjukkan antibodi monoklon bertindakbalas dengan protein antigen subunit F2.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Electrofusion
Subject:Monoclonal antibodies
Subject:Cell hybridization
Chairman Supervisor:Dr. Abdul Manaf Bin Ali
Call Number:FSMB 1995 3
Faculty or Institute:Faculty of Food Science and Technology
ID Code:8365
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:12 Nov 2010 02:38
Last Modified:09 Nov 2012 01:21

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 12 Nov 2010 02:38.

View statistics for "Penghasilan Sel Hibridoma Menggunakan Teknik Elektrofusion"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.