Pencarian Maklumat dan Iklim Komunikasi di Kalangan Pekerja Pengembangan Barisan Hadapan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

Syd Hashim, Syd Abdullah (1997) Pencarian Maklumat dan Iklim Komunikasi di Kalangan Pekerja Pengembangan Barisan Hadapan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1879Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui jangkamasa pencarian maklumat dan iklim komunikasi di kalangan peketja pengembangan barisan hadapan (pPBH) MADA. Pengukuran iklim komunikasi menggunakan tiga penunjuk iaitu (1) penglibatan PPBH dalam membuat keputusan bersama pengurus dan pegawai pengembangan agensi lain (PPAL), (2) peranan PPBH sebagai pemimpin pendapat di kalangan rakan setugas dan peladang; dan (3) komunikasi menyokong di antara PPBH dengan sumber maklumat Kajian ini juga betujuan untuk melihat perkaitan di antara jangkamasa mencari maklumat dengan penglibatan membuat keputusan dan peranan sebagai pemimpin pendapat; dan perkaitan di antara jangkamasa menghubungi sumber maklumat yang terdiri dari pengurus, PPAL, rakan setugas dan peladang dengan komunikasi menyokong PPBH bersama sumber tersebut. Kesemua PPBH iaitu seramai 81 orang telah dikenalpasti sebagai responden tetapi kadar respons adalah 89 peratus.Analisis dilakukan berdasarkan respons ini iaitu seramai 72 orang responden. Responden diminta mencatatkan aktiviti pencarian maklumat selama enam hari bagi mengukur jangkamasa mereka mencari pelbagai jenis makiumat, menghubungi sumber dan penggunaan kaedah dan media. Responden juga diminta mengisi sendiri borang soal selidik bagi tujuan mengukur iklim komunikasi mereka dengan pengurus, rakan setugas, PPAL dan peladang. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan program SPSS (WIN) untuk mendapatkan peratus, purata dan sisihan lazim. Korelasi Spearman digunakan untuk melihat perkaitan di antara jangkamasa mencari maklumat dan jangkamasa menghubungi sumber dengan iklim komunikasi. Hasil kajian menunjukkan responden kurang mengutamakan aktiviti pencarian maklumat berbanding dengan aktiviti lain. Walau bagaimanapun di antara maklumat yang dicari, mereka lebih berminat mendapatkan maklumat pengeluaran berbanding dengan maklumat mengekalkan hubungan dan innovasi. Pengawai MADA peladang dan rakan setugas merupakan sumber maklumat utama kepada responden. Selain dari itu, responden juga menggunakan kaedah bersemuka dalam masa yang panjang berbanding penggunaan telefon dan bahan cetak untuk mendapatkan maklumat. Jangkamasa responden mencari maklumat mempunyai kaitan yang positif dengan penglibatan mereka dalam membuat keputusan bersama pengurus dan PPAL dan peranan mereka sebagai pemimpin pendapat di kalangan rakan setugas dan peladang. Jangkamasa menghubungi sumber seperti pengurus, rakan setugas dan peladang mempunyai perkaitan yang postif dengan komunikasi menyokong mereka bersama sumber tersebut. Sementara jangkamasa responden menghubungi PPAL tidak mempunyai perkaitan yang bermakna dengan komunikasi menyokong mereka bersama pegawai tersebut.

Item Type:Thesis (Masters)
Notes:
Subject:Agricultural extension workers - Information resources - Kedah
Chairman Supervisor:Dr. Narimah Ismail, PhD
Call Number:FEM 1997 10
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
ID Code:8212
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:22 Oct 2010 07:40
Last Modified:22 Oct 2010 07:43

Repository Staff Only: item control page


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.