Tanggapan Terhadap Dimensi Produktiviti dan Kualiti di kalangan pekerja Syarikat Anak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPK)

Shaharum, Roslan (1997) Tanggapan Terhadap Dimensi Produktiviti dan Kualiti di kalangan pekerja Syarikat Anak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPK). Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1205Kb

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk mengetahui tahap tanggapan pekerja syarikat anak PKNPk terhadap dimensi produktiviti dan kualiti. Terdapat tiga objektif khusus iaitu; pertama, untuk mengetahui tanggapan pekerja-pekerja syarikat anak PKNPk terhadap lapan dimensi produktiviti dan kualiti iaitu kesedaran kualiti; kepimpinan; sikap individu; persekitaran sosial; struktur dan proses; kemudahan dan kelengkapan serta teknologi. Kedua, untuk mengetahui perbezaan tanggapan di antara empat syarikat yang terpilih (berasaskan ekuiti lebih 80%) dan ketiga, untuk mengetahui perbezaan tanggapan di antara jantina dan kategori jawatan (eksekutif dan bukan eksekutif). Metodologi kajian ini adalah berasaskan soal selidik yang ditadbirkan ke atas 150 orang sampel daripada empat buah syarikat yang dipilih di mana 100 responden telah melengkap dan memulangkan soal selidik tersebut. Data-data yang diterima daripada responden dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS). Bagi menjawab ketiga-tiga objektif khusus kajian ini, kaedah deskriptif, ANOVA dan Ujian-t digunakan. Penemuan kajian menunjukkan bahawa peketja syarikat-syarikat anak PKNPk mempunyai tahap sederhana terhadap dimensi produktiviti dan kualiti secara keseluruhannya. Pada lima dimensi produktiviti dan kualiti iaitu kesedaran mengenai kualiti, sikap individu, kepimpinan, kemudahan dan kelengkapan serta teknologi mempunyai tahap tanggapan yang tinggi. Dua lagi dimensi iaitu persekitaran sosial, struktur dan proses ditahap tanggapan yang sederhana. Manakala dimensi latihan ditahap yang rendah. Kajian ini juga mendapati terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara tanggapan kepada keempat-empat syarikat tersebut terhadap produktiviti dan kualiti. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan yang signifikan tanggapan di antara responden lelaki dan wanita serta di antara kategori jawatan eksekutif dan bukan eksekutif terhadap produktiviti dan kualiti. Berdasarkan kepada penemuan kajian ini, beberapa cadangan strategi dan program untuk jangka pendek dan jangka panjang perlu diadaptasikan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti peketja. Untuk tindakan jangka pendek perlu kepada analisis keperluan latihan. Usaha-usaha perlu dibuat terhadap mempertingkatkan lagi tahap keyakinan, kemahiran komunikasi dan semangat berpasukan. Untuk tindakan jangka panjang, amat mustahak pengurusan PKNPK merangka pelan induk latihan bagi syarikat-syarikat anak.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Perbadanan Kemajuan Negeri Perak - Officials and employees
Subject:Quality of work life - Perak
Subject:Labor productivity - Perak
Chairman Supervisor:Dr. Narimah bt Ismail
Call Number:FEM 1997 9
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
ID Code:8211
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:22 Oct 2010 07:37
Last Modified:22 Jul 2011 09:05

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.