Pembangunan Instrumen Pengukuran Psikologi Keusahawanan Belia Malaysia

Kasa, Aishah (2009) Pembangunan Instrumen Pengukuran Psikologi Keusahawanan Belia Malaysia. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1303Kb

Abstract

Keperluan untuk membangunkan instrumen pengukuran psikologi keusahawanan belia Malaysia bagi menentukan ketepatan untuk membuat pemilihan belia-belia menceburi dalam bidang keusahawanan adalah ketara. Instrumen pengukuran psikologi merupakan kaedah terbaik kerana berupaya memberi penilaian yang tepat dan mendalam berbanding dengan kaedah lain. Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi keperluan objektif kajian iaitu membangunkan instrumen pengukuran psikologi keusahawanan belia Malaysia mengikut budaya dan acuan tempatan. Penyelidikan ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif berlandaskan prosedur standard yang membolehkannya kurang dipengaruhi bias. Enam dimensi dan 16 sub-dimensi telah dihasilkan melalui pendekatan kualitatif. Dimensi dan sub-dimensi yang terdapat di dalam instrumen ini mengandungi niat untuk berkeusahawanan, minat untuk berkeusahawanan, kompetensi keusahawanan,personaliti keusahawanan, religiositi keusahawanan dan efikasi keusahawanan yang ada kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian mendapati kesahan kandungan instrumen pengukuran psikologi adalah tinggi apabila 89 peratus item di dalam instrumen ini telah dipersetujui oleh arbiter. Sejumlah 80 item telah dianalisis dan telah memperoleh nilai alpha Cronbach bagi setiap item di antara .946 hingga .948. Dari segi kebolehpercayaan, instrumen ini telah memperoleh nilai alpha Cronbach .948 dan nilai standardized item alpha .950 iaitu nilai alpha if item deleted lebih kecil daripada nilai standardized item alpha. Hasil kajian mendapati kesemua 80 item di dalam instrumen pengukuran psikologi keusahawanan belia Malaysia adalah bennutu dan boleh dipercayai. Adalah dicadangkan kepada pihak agensi pembangunan usahawan di negara ini untuk mengaplikasikan instrumen ini bagi memilih indlvidu yang tepat untuk menceburi dalam bidang keusahawanan.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Entrepreneurship - Malaysia.
Subject:Psychometrics.
Subject:Youth - Malaysia.
Chairman Supervisor:Professor Hj. Azimi Bin Hj Hamzah, PhD
Call Number:IPSS 2009 4
Faculty or Institute:Institute for Social Science Studies
ID Code:7965
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:04 Oct 2010 02:55
Last Modified:30 Aug 2012 05:18

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 04 Oct 2010 02:55.

View statistics for "Pembangunan Instrumen Pengukuran Psikologi Keusahawanan Belia Malaysia"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.