UPM Institutional Repository

Reka bentuk dan prestasi peranti pemeteran penabur terus biji benih padi


Citation

Syed Abdul Majid, Syed Abdul Hakim (2008) Reka bentuk dan prestasi peranti pemeteran penabur terus biji benih padi. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Satu bentuk pemeteran benih padi telah direkabentuk untuk meletakkan padi pracambah dalam jumlah yang terbaik untuk menghasilkan pertumbuhan pokok padi yang sihat. Dimensi, sifat semulajadi dan betuk benih telah diambilkira semasa mereka bentuk komponen-komponen peranti pemeteran ini. Pengukuran dimensi benih padi serta kesesuaian bahan adalah berasaskan benih padi dari variety MR220. Peranti pemeteran yang dihasilkan telah diuji di dalam dan luar makmal dengan mengenakan beberapa faktor luaran yang boleh mempengaruhi prestasi dan perlakuan alat tersebut. Faktor luaran yang dikenakan kepada anak benih adalah kelembapan benih padi, kelajuan tolakan angin dan kelajuan pusingan peranti. Selain dari itu peranti juga diuji secara manual dan juga dengan traktor di tapak sawah kering. Dari keseluruhan pengujian yang dibuat, dapat dikatakan bahawa prestasi peranti pemeteran sangat dipengaruhi oleh kelembapan biji benih padi. Benih padi dalam keadaan kering amat mudah melungsur keluar dari unit permeteran tersebut tetapi benih padi basah amat sukar di lepaskan dan penggunaan hembusan udara berterusan ke dalam takung benih dapat mengatasi masalah tersebut. Pada keadaan kering, purata jumlah benih padi yang dilepaskan dari unit pemeteran tersebut adalah sebanyak 5 butir dalam satu longgokkan. Pengujian dengan benih padi dalam keadaan lembap dibantu denga hembusan angin pula menghasilkan purata sejatuhan sebanyak 3 butir. Selain dari itu peranti pemeteran tersebut dapat memberikan purata jarak jatuhan benih sejauh 22sm pada semua keadaan ujikaji.


Download File

[img]
Preview
PDF
FK_2008_92A.pdf

Download (461kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Agricultural machinery - Parts
Subject: Planters (Agricultural machinery)
Call Number: FK 2008 92
Chairman Supervisor: Associate Professor Muhammad Salih Bin Haji Ja’afar, PhD
Divisions: Faculty of Engineering
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 08 Sep 2010 09:13
Last Modified: 27 May 2013 07:36
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7782
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item