UPM Institutional Repository

TAHNIAH! UPM KEKAL STATUS UNIVERSITI PENYELIDIKAN MALAYSIA


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) TAHNIAH! UPM KEKAL STATUS UNIVERSITI PENYELIDIKAN MALAYSIA. [UPM News]

Abstract

PUTRAJAYA, 21 Julai – YB Menteri Pengajian Tinggi mengumumkan Universiti Putra Malaysia (UPM) antara empat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang kekal status sebagai Universiti Penyelidikan. Selain UPM, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengekalkan status Universiti Penyelidikan atau Research University (RU) yang telah diumumkan pada 20 Julai 2010. Pencapaian ini membabitkan empat aspek utama iaitu modal insan, penerbitan, paten dan harta intelek dan penjanaan pendapatan hasil audit penilaian semula pada 5 hingga 6 April lalu. Naib Canselor UPM, Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata kerjasama, sumbangan dan komitmen warga UPM di dalam peningkatan penghasilan Quantity and Quality of Research dan Quantity of Postgraduates, telah menjadi faktor utama kepada kejayaan UPM mengekalkan status RU nya. “Dengan penganugerahan ini, diharapkan semua warga UPM lebih gigih dan meningkatkan mutu perkhidmatan demi mempertahankan status RU untuk dicapai 4 tahun yang akan datang,” katanya. Peranan besar UPM bukan sahaja mengeluarkan graduan sebagai tenaga pekerja malah berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu dan idea-idea baru ini menjadi antara sebab status RU nya dikekalkan.’ Pengiktirafan UPM bersama ketiga0tiga universiti itu akan menjadi role model kepada IPTA dan IPTS dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) seterusnya akan mempertingkatkan aktiviti R&D serta kerjasama dengan industri pengkomersilan. Melalui pengiktirafan ini, UPM sekali lagi dapat meningkatkan aktiviti penyelidikan dalam persekitaran yang kondusif sekali gus menjana kekayaan dan meningkatkan kualiti hidup. UPM berpotensi menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang keutamaan negara yang mampu menjana penerbitan penyelidikan yang mempunyai impak tinggi dan dapat menarik pakar terbaik untuk pengajaran dan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan graduan bermutu tinggi setelah berjaya mengekalkan status RU nya. Melalui status RU, UPM juga berpotensi menjadi pemangkin dalam melahirkan pelajar pasca siswazah tempatan dan antarabangsa, seterusnya menyumbang kepada peningkatan yang signifikan dalam bilangan K-pekerja negara. Penglibatan pelajar pasca siswazah antarabangsa juga akan menaikkan imej negara dalam proses pengantarabangsaan penyelidikan dan pendidikan.


Download File

[img]
Preview
PDF
TAHNIAH!_UPM_KEKAL_STATUS_UNIVERSITI_PENYELIDIKAN_MALAYSIA.pdf

Download (50kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 22 Jul 2010 00:53
Last Modified: 27 May 2013 07:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7557
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item