Persepsi Pendidik Vokasional Pertanian Dan Penternak Tentang Pengetahuan Dankemahiran Dalam Industri Fidlot

Abdul Wahab, Roslee (2009) Persepsi Pendidik Vokasional Pertanian Dan Penternak Tentang Pengetahuan Dankemahiran Dalam Industri Fidlot. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
418Kb

Abstract

Pembangunan sumber manusia merupakan elemen penting dalam memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan. Ia dapat dicapai melalui pendidikan berkualiti yang mampu memastikan tenaga kerja kekal relevan dengan kehendak pasaran semasa dan mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan yang kian meningkat. Melalui sistem pendidikan teknikal dan vokasional penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi akan dapat direalisasikan bagi memenuhi keperluan industri semasa. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti 1) pengetahuan dan kemahiran sedia ada pendidik vokasional pertanian dan penternak fidlot dan 2) pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam industri penternakan fidlot di Malaysia dan 3) mengenal pasti perbezaan daripada segi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan faktor terpilih iaitu jantina, umur, kelulusan akademik, pengalaman mengajar, kursus yang dihadiri, tempoh operasi ladang dan skala ladang. Kajian kuantitatif deskriptif ini menggunakan soal selidik dalam bentuk skala Likert 5-mata yang dibina oleh penyelidik untuk mendapat maklumat tentang persepsi pendidik vokasional pertanian dan penternak fidlot terhadap pengetahuan dan kemahiran sedia ada dan yang diperlukan dalam industri penternakan fidlot. Seramai 52 orang pendidik vokasional pertanian yang mengajar di Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan seramai 144 orang majikan industri fidlot telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan persepsi penternak fidlot berbeza dengan persepsi pendidik vokasional pertanian dari aspek seperti pengurusan, pengurusan kandang, menyedia makanan program kesihatan dan mengurus kawasan tanaman makanan. Kajian ini mencadangkan supaya semakan kurikulum vokasional pertanian dilakukan dengan melibatkan pendidik vokasional pertanian dan penternak fidlot bagi memastikan apa yang diajar di sekolah menepati apa yang diperlukan dalam industri penternakan fidlot.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Agriculture teachers - Knowledge - Feedlots - Case studies
Chairman Supervisor:Professor Madya Ramlah Hamzah, PhD
Call Number:FPP 2009 20
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:7534
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:21 Jul 2010 06:32
Last Modified:27 May 2013 07:35

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 21 Jul 2010 06:32.

View statistics for "Persepsi Pendidik Vokasional Pertanian Dan Penternak Tentang Pengetahuan Dankemahiran Dalam Industri Fidlot "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.