Hubungan Antara Pengetahuan Pemakanan Serta Tabiat Makan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Wilayah Persekutuan

Yatimin, Norlilah (2004) Hubungan Antara Pengetahuan Pemakanan Serta Tabiat Makan Di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Wilayah Persekutuan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
817Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan pemakanan serta mengenal pasti tabiat makan dan kategori indeks jisim tubuh pelajar di Wilayah Persekutuan. Selain daripada itu adalah untuk melihat hubungan pemboleh ubah bidang elektif terhadap tahap pengetahuan pemakanan. Kajian juga melihat hubungan pemboleh ubah sumber maklumat terhadap tahap pengetahuan pemakanan dan tabiat makan pelajar. Seterusnya mengkaji hubungan tahap pengetahuan pemakanan terhadap tabiat makan pelajar. Kajian perbandingan terhadap tahap pengetahuan pemakanan, tabiat makan dan indeks jisim tubuh juga dibuat antara pelajar Ekonomi Rumah Tangga dan bukan Ekonomi Rumah Tangga.Populasi kajian terdiri daripada pelajar perempuan tingkatan empat di 27 buah sekolah di Wilayah Persekutuan. Seramai 390 pelajar yang terdiri daripada 195 pelajar Ekonomi Rumah Tangga dan 195 orang pelajar bukan Ekonomi Rumah Tangga telah dipilih sebagai responden menggunakan persampelan rawak mudah. Kajian ini menggunakan reka bentuk deskriptif korelasi. Tiga alat kajian dibentuk dan digunakan dalam kajian ini. Alat kajian tersebut terdiri dari Soal Selidik Pengetahuan Pemakanan dan Tabiat Makan, Soal Selidik Sumber Maklumat Pemakanan, dan lnventori lndeks Jisim Tubuh. Kebolehpercayaan soal selidik Pengetahuan Pemakanan dan Tabiat Makan dan Sumbangan Sumber Maklumat adalah .96, .73 dan .83 masing-masing. Kesahan kandungan soal selidik pula telah dianalisis oleh dua orang panel pakar. Dapatan kajian menunjukkan seramai 182(46.67%) orang pelajar mempunyai tahap pengetahuan tinggi, 198(50.77%) orang pelajar mempunyai tahap pengetahuan sederhana dan 10(2.56%) orang pelajar mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Kebanyakan pelajar mengamalkan tabiat makan yang positif. Dapatan bagi ukuran indeks jisim tubuh menunjukkan seramai 47.95% pelajar dalam kategori berat badan yang normal, 36.67% lagi dalam kategori kurang berat badan dan 15.35O/0 dalam kategori obes.Dapatan kajian hubungan pula menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah bidang elektif X2(2,390)=3.443, p>.05 terhadap tahap pengetahuan pemakanan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sumber maklumat dengan tahap pengetahuan pemakanan iaitu mata pelajaran 'Pendidikan Jasmani dan Kesihatan' r(388) =.I 57, p<.05), 'pameran' r(388) =.I 43, p<.05), 'majalah' r(388=.100, p<.05), dan 'poster' r(388=.IOg, pc.05). Terdapat juga hubungan yang signifikan antara sumber maklumat dengan tabiat makan iaitu 'ibu' r(388) =.261, pc.05), 'doktor' r(388) =.211, p<.05), 'radio' r(388=.192, p<.05), dan 'mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga' r(388=.115, pc.05). Walau bagaimanapun dapatan kajian mendapati tidak wujud hubungan di antara tahap pengetahuan pemakanan dengan tabiat makan pelajar. Bagi kajian perbandingan pula, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tabiat makan antara pelajar Ekonomi Rumah Tangga dengan bukan Ekonomi Rumah Tangga t(388)=2.249, pc.05. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan pemakanan dan indeks jisim tubuh antara kedua-dua kumpulan pelajar. Pengetahuan tentang pemakanan penting untuk semua. Pihak sekolah, masyarakat, media massa dan pengusaha makanan boleh memainkan peranan dalam mendidik pelajar tentang pemakanan

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Food habits - Wilayah Persekutuan.
Subject:Health behavior in adolescence - Wilayah Persekutuan.
Chairman Supervisor:Professor Madya Rosini Abu, Ed.D
Call Number:FPP 2004 1
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:6378
Deposited By: Nur Izyan Mohd Zaki
Deposited On:13 May 2010 07:46
Last Modified:27 May 2013 07:29

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.