Simple Search:

Kesan Rawatan Haba Terhadap Sifat Kenyal Kaca Ternari Mgcl2.Zno.P2o5 dan Mgcl2.Zno B202.


Citation

Zakaria, Hasnu (2005) Kesan Rawatan Haba Terhadap Sifat Kenyal Kaca Ternari Mgcl2.Zno.P2o5 dan Mgcl2.Zno B202. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Penghasilan kaca dalam pelbagai komposisi pada julat yang luas untuk penggunaan tertentu sedang banyak dilakukan. Dalam kajian ini kesan kemasukkan ion Mg dan Zn dalam set kaca fosfat dan borat dikaji dihasilkan dengan menggunakan penyejukkan leburan mendadak. Dua siri kaca ternari telah berjaya disintisiskan iaitu Magnesium Zink Fosfat [ Mg~l2(l.$nO(~ Iz (P205)l-z dengan peratusan mol z dari 0.5 hingga 0.7 dengan pecahan nilai x antara 0 sehingga 1 dan siri kaca Magnesium Zink Borat [ MgC12cl.x>ZnO(xI,z (P205)l-z juga peratusan mol z dari 0.5 hingga 0.7 dengan pecahan nilai x antara 0 hingga 1. Pengukuran halaju ultrasonik telah dijalankan menggunakan sistem pemperolehan data ultrasonik MBS 8000. Ketumpatan kaca tersebut diukur dengan menggunakan prinsip Archimedes. Daripada halaju dan ketumpatan, ciri-ciri kenyal kaca boleh di dapati.Modulus Young, modulus pukal dan suhu Debye didapati meningkat dengan penambahan kandungan ZnO dan mula berkurangan dengan penambahan MgC12. Modulus kenyal kedua-dua siri kaca di dapati meningkat dengan penambahan ZnO tetapi corak suhu debye berkurangan dengan meningkatnya MgC12. Ciri-ciri kenyal di dapati berkait rapat dengan kekuatan rangkaian dan struktur kaca. Apabila kedua-dua siri kaca dikenakan rawatan haba, didapati berlakunya peningkatan bagi modulus kenyal dan dapat diperhatikan bahawa kaca semakin tegar dan struktur kaca semakin kuat.


Download File

[img]
Preview
PDF
FS_2005_29(1-24).pdf

Download (900kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Glass - Heat treatment - Case studies
Call Number: FS 2005 29
Chairman Supervisor: Professor Madya Sidek Haji Abdul Aziz, PhD
Divisions: Faculty of Science
Depositing User: Nur Izyan Mohd Zaki
Date Deposited: 12 May 2010 12:48
Last Modified: 27 May 2013 15:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6243
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item