UPM Institutional Repository

Morfologi trikom pada petal dan sepal spesies terpilih Acanthaceae di Semenanjung Malaysia


Citation

Ahmad Juhari, Muhammad Amirul Aiman and Talip, Noraini and Che Amri, Che Nurul Aini (2017) Morfologi trikom pada petal dan sepal spesies terpilih Acanthaceae di Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 46 (10). pp. 1679-1685. ISSN 0126-6039

Abstract

Acanthaceae merupakan famili tumbuhan angiosperma di bawah order Lamiales yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 4000 spesies sama ada spesies tropika atau subtropika. Spesies daripada famili ini ditemui di pelbagai habitat dan mempunyai pelbagai morfologi serta corak taburan geografi. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai ciri anatomi bagi Acanthaceae masih dangkal sehingga ke hari ini. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti jenis trikom yang hadir pada permukaan epidermis adaksial dan abaksial sepal dan juga petal bunga bagi beberapa spesies terpilih daripada Acanthaceae di Semenanjung Malaysia. Kajian ini melibatkan pengumpulan sampel di lapangan, penyediaan spesimen baucer, teknik kajian epidermis petal, cerapan di bawah mikroskop cahaya dan juga cerapan di bawah mikroskop imbasan elektron. Tiga puluh jenis trikom dicerap dalam kajian ini dan daripada jumlah tersebut, 23 jenis trikom dicerap hadir pada permukaan epidermis petal manakala 17 jenis trikom dicerap hadir pada permukaan epidermis sepal. Jenis trikom yang direkodkan ialah trikom ringkas unisel dan ringkas multisel, trikom kelenjar kapitat dan kelenjar peltat serta juga trikom berlengan. Keputusan kajian ini menunjukkan kehadiran dan jenis trikom pada permukaan sepal dan petal mempunyai nilai taksonomi yang berguna untuk tujuan pembezaan dan pengecaman spesies. Maklumat ciri morfologi trikom yang diperoleh daripada kajian ini merupakan maklumat baharu ciri anatomi bunga bagi Acanthaceae.


Download File

[img]
Preview
Text (Abstrak)
Morfologi trikom pada petal dan sepal spesies terpilih Acanthaceae di Semenanjung Malaysia.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Environmental Studies
DOI Number: https://doi.org/10.17576/jsm-2017-4610-02
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Acanthaceae; Peninsular Malaysia; Plant taxonomy; Scanning electron microscope; Trichomes
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 21 May 2018 03:52
Last Modified: 21 May 2018 03:52
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/jsm-2017-4610-02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60479
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item