UPM Institutional Repository

Penguasaan ism al-fa'il daripada kata kerja jenis ajwaf dalam kalangan pelajar Pra-U


Citation

A. Talip, Bahiyah and Hassan, Abd Rauf (2015) Penguasaan ism al-fa'il daripada kata kerja jenis ajwaf dalam kalangan pelajar Pra-U. In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 705-718).

Abstract

Ism al-fa’il (IF) merupakan salah satu elemen morfologi yang di ajar di peringkat Pra-U di bawah topik morfologi fungsian. Sungguh pun begitu masih ada pelajar yang masih keliru dalam pembentukan IF terutamanya IF yang dibentuk daripada kata kerja yang berasaskan huruf ‘illah. Kajian ini akan mengkaji tahap penguasaan pelajar dalam pembentukan IF daripada kata kerja yang berasaskan huruf ‘illah dalam perkataan dan juga di dalam ayat. Kajian ini memilih kata kerja jenis ajwaf yang merangkumi kata kerja tiga huruf, empat huruf, lima huruf dan enam huruf. Tidak semua kata kerja jenis ajwaf ini boleh dibentuk menjadi IF. Kajian dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif secara kajian kes. Data diperolehi hasil daripada jawapan peserta dalam soalan latihan pembentukan IF yang dibina oleh pengkaji. Berdasarkan kajian yang mendapati bahawa kebanyakan pelajar Pra-U menguasai pembentukan IF daripada kata kerja tiga huruf manakala bagi kata kerja lebih tiga huruf peserta hanya menguasai pembentukan IF pada perkataan yang biasa di gunakan. Walau bagaimanapun peserta masih tidak menguasai cara mengaplikasikan IF di dalam ayat. Hal ini dikatakan demikian adalah kerana mereka tidak menyesuaikan IF yang dibentuk dengan kedudukan dalam ‘irab.


Download File

[img] Text
44-30.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (759kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Ism al-fa'il (IF); Ajwaf; Language proficiency; Pattern
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 21 May 2018 01:28
Last Modified: 21 May 2018 01:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60312
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item