UPM Institutional Repository

Persepsi Dan Pemahaman Masyarakat Luar Bandar Semenanjung Malaysia Terhadapa Globalisasi


Citation

Md. Nor, Mohd Sabri (2005) Persepsi Dan Pemahaman Masyarakat Luar Bandar Semenanjung Malaysia Terhadapa Globalisasi. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Globalisasi merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan era abad ke-2 1. Ia muncul bagi menggambarkan fenomena proses perubahan sejagat yang sedang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Proses ini merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, sosiobudaya dan politik. Kemunculannya telah memberi impak yang bersifat positif dan negatif kepada masyarakat termasuklah masyarakat luar bandar Semenanjung Malaysia. Arus perubahan proses globalisasi ini pasti dihadapi oleh masyarakat sarna ada dapat diterima atau sebaliknya. Justeru itu, berdasarkan kepada fenomena tersebut, kajian ini dilakukan bagi mengkaji berkenaan dengan pemahaman, persepsi, penerimaan dan impak proses globalisasi terhadap masyarakat luar bandar Semenanjung Malaysia. Bagi merealisasikan objektif tersebut, sejumlah 605 orang responden yang menetap di kawasan luar bandar Semenanjung Malaysia telah dipilih. Pengumpulan data dilakukan melalui penggunaan borang sod selidik, kaedah pemerhatian dan temubual secara mendalam (in-depth interview). Maklumat yang diperolehi daripada borang sod selidik telah dianalisis dengan menggunakan "Statistical Package For The Social Science" (SPSS for windows, version 1 1.0). Manakala, data dan maklumat yang diperolehi daripada kaedah temubual dan pemerhatian telah digunakan sebagai maklumat tarnbahan kepada maklumat yang diperolehi melalui borang sod selidik. Hasil kajian pula dipersembahkan dalarn bentuk statistik diskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Berdasarkan kepada hasil kajian, didapati: (1) pemahaman responden terhadap proses, elemen dan simbol globalisasi adalah baik. Walau bagaimanapun, pemahaman responden terhadap perkembangan semasa yang berkaitan dengan globalisasi didapati majoriti responden tidak mengetahuinya; (2) kebanyakan responden memberikan persepsi yang positif terhadap proses globalisasi; (3) penerirnaan terhadap proses globalisasi di kalangan responden pula agak rendah dan (4) dari segi impak, didapati proses globalisasi kurang memberi impak kepada tingkah laku sosial dalam kehidupan seharian responden. Namun begitu, impak proses globalisasi terhadap hak-hak politik responden didapati begitu ketara.


Download File

[img] Text
FEM_2005_7.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Globalization
Call Number: FEM 2005 7
Chairman Supervisor: Professor Jayum A. Jawan, PhD
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 07 May 2010 04:24
Last Modified: 05 Jan 2023 03:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/6028
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item