UPM Institutional Repository

Analisis kesilapan urutan kata dalam ayat dwikata kerja dan dwiobjek bahasa Cina oleh pelajar Melayu IPTA


Citation

Ang, Lay Hoon and Lau, Su Kia and Suffian Sahuri, Sakina Sahuri (2015) Analisis kesilapan urutan kata dalam ayat dwikata kerja dan dwiobjek bahasa Cina oleh pelajar Melayu IPTA. In: 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015), 2-3 Dec. 2015, Kuala Lumpur, Malaysia. (pp. 480-489).

Abstract

Pelajar-pelajar bukan Cina yang mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua lazimnya melakukan kesilapan sintaksis dalam membina ayat bahasa Cina. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenal pasti kesilapan urutan kata dalam ayat dwikata kerja/frasa kerja dan ayat dwiobjek yang dibina oleh pelajar-pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Cina. Seramai 40 orang pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Cina sebagai bahasa kedua di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian ini. Data yang dikaji secara kualitatif ini adalah ayat yang salah dari segi urutan kata. Ayat tersebut diperoleh dari sampel penulisan pelajar. Pelajar Melayu bukan sahaja menyalahletakkan kata kerja dan objek dalam kedua-dua jenis ayat bahasa Cina tersebut, malahan menyisipkan perkataan yang tidak sepatutnya digunakan ke dalam ayat tersebut. Didapati bahawa kesilapan-kesilapan urutan kata tersebut mempunyai pola yang tertentu, misalnya “Subjek + kata kerja (KK) + qu (ke) + tempat”, “Subjek + qu (pergi) + KK + zai (di) + tempat” dan “Subjek + KK/FK + yong (menggunakan) + kata nama”. Selain itu, objek tepat dan objek sipi juga lazim diterbalikkan dalam ayat mereka. Gangguan bahasa ibunda (bahasa Melayu) merupakan salah satu faktor yang mengakibatkan pelajar-pelajar Melayu cenderung membina ayat dwikata kerja/frasa kerja dan ayat dwiobjek bahasa Cina berdasarkan urutan kata bahasa Melayu.


Download File

[img] Text
44-18.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (353kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Grammar mistakes; Syntax; Double object sentence; Chinese language
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 18 May 2018 03:45
Last Modified: 18 May 2018 03:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60279
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item