UPM Institutional Repository

Penerapan nilai akhlak dalam pengajaran guru Pendidikan Islam menurut Al-Ghazali


Citation

Muhd Fauzi, Ainul Widad and Suhid, Asmawati and Mohd Fakhruddin, Fathiyah (2017) Penerapan nilai akhlak dalam pengajaran guru Pendidikan Islam menurut Al-Ghazali. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc) 2017, 16 Dec. 2017, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 391-398).

Abstract

Akhlak adalah asas penting dalam Islam dan menjadi salah satu tunjang utama dalam pembinaan sahsiah diri manusia. Dalam perkembangan pendidikan abad ke 21, masalah keruntuhan akhlak semakin serius terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Oleh itu, guru Pendidikan Islam sebagai medium penting untuk membina sahsiah diri murid perlu memahami dan menguasai pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi memastikan nilai akhlak diterap dengan berkesan. Ini selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi melahirkan murid yang mempunyai pegangan agama kukuh serta penghayatan akhlak yang mendalam. Penulisan kertas konsep ini tertumpu kepada perbincangan beberapa kaedah penerapan nilai akhlak yang boleh dipraktikkan dalam pengajaran guru Pendidikan Islam di sekolah rendah menurut pandangan Al-Ghazali. Antara kaedah penerapan nilai akhlak yang diusulkan Al-Ghazali ialah melalui teladan, latihan dan pembiasaan, nasihat serta ganjaran dan hukuman.


Download File

[img] PDF
35-46.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (293kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Teaching; Islamic education teachers; Al-Ghazali; Moral behavior
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 06 Feb 2018 08:26
Last Modified: 06 Feb 2018 08:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58818
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item