UPM Institutional Repository

Ekspresi Verbal Penderita Strok Dari Sudut Analisis Neurolinguistik


Citation

Sastra, Gusdi (2005) Ekspresi Verbal Penderita Strok Dari Sudut Analisis Neurolinguistik. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Salah satu daripada gangguan ekspresi verbal yang kerap ditemui kesnya dalam kehidupan harian ialah penderita strok. Strok merupakan masalah kesihatan yang disebabkan oleh saluran darah di otak yang tersumbat atau pecah, sehingga berlaku pendarahan dan fungsi otak terjejas. Apabila fungsi bahasa yang terjejas, maka berlakulah gangguan berbahasa. Pelbagai gangguan berbahasa atau yang dikenali dengan afasia, dapat dikaji dan dianalisis secara neurolinguistik, ertinya menerusi pemerhatian terhadap kesan yang wujud akibat kerosakan pada sistem saraf melalui iv kecelaruan bahasa pada penderita. Kecelaruan berbahasa penderita strok pada penyelidikan ini, dikaji dengan menggunakan teori gangguan pertuturan, iaitu teori kesilapan fonologi dan proses penghasil kata oleh Kohn (1993), Blumstein (1994), dan Auden & Bastiaanse (1999). Manakala kaedah kajian adalah secara psiko-neurolinguistik dengan kaedah pemerhatian, kes, dan pemerhatian semulajadi, terhadap penderita strok penutur bahasa Minangkabau dan penutur bahasa Melayu. Data diperoleh daripada penderita strok yang menjalani rawatan di Rumah Sakit Khas Strok, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia, dan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Selangor, Malaysia. Berdasarkan analisis data dan dapatan kajian, baik secara kualitatif mahupun kuantitatif, diperoleh hasil bahawa strok yang menyerang penderita berasal daripada sindrom afasia, iaitu pendarahan pada medan yang sangat luas, mulai daripada lobus frontal sampai ke temporal-parietal hemisfera kiri otak penderita. Kemampuan verbal penderita strok penutur bahasa Minangkabau d m pePtutttr 4Awm Ivfdqm banyak ditentukan OMSfa ktor linguist& dan bukan linguistiknya. Faktor linguistiknya ialah modaliti bahasa dan terapi pertuturan, manakala faktor bukan linguistiknya ialah motivasi, pendedahan diri, dan aspek sosial penderita. Pelbagai faktor penyebab berlakunya strok pada penderita, ialah faktor gangguan jantung, hipertensi atau penyakit darah tinggi, kolesterol, merokok, kurang aktiviti fizikal, berat badan yang melampau, gaya hidup dan pemakanan yang tidak seimbang, dan faktor tekanan. Ekspresi verbal penderita strok penutur bahasa Minangkabau dan penderita strok penutur bahasa Melayu, wujud melalui beberapa bentuk kesilapan verbal, iaitu kesilapan verbal penggantian sebanyak 32 peratus, verbal pengguguran 48 peratus, verbal tidak berurutan 10 peratus, verbal penambahan 4 peratus, dan verbal pemendekan 5.5 peratus. Banyaknya jumlah kesilapan verbal pengguguran menandakan bahawa penderita menghidap sindrom afasia Broca sehingga penderita sukar dalam mengawal impuls neuron secara motorik. Oleh itu, penderita cenderung bertutur dengan cara menggugurkan, baik fonem mahupun suku kata.


Download File

[img] Text
FBMK_2005_16 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Neurolinguistics
Call Number: FBMK 2005 16
Chairman Supervisor: Professor Madya Noor Aina Dani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 05 May 2010 07:58
Last Modified: 19 Jan 2022 02:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5875
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item