Simple Search:

Wacana Wawancara Formal Bahasa Melayu: Satu Kajian Etnografi Komunikasi


Citation

Che Man, Md. Sabri (2004) Wacana Wawancara Formal Bahasa Melayu: Satu Kajian Etnografi Komunikasi. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini memberikan tumpuan pada analisis wacana wawancara formal bahasa Melayu dengan mengaplikasikan teori etnografi komunikasi. Sesuatu unit komunikasi dapat dijelaskan dari sudut konteks dengan bantuan sistem penggolongan grid "speaking" yang membahagikan sesuatu ujaran kepada komponen-komponen tertentu. Dalam kajian ini sepuluh teks wawancara formal telah dipilih melibatkan sepuluh tokoh tempatan dalam pelbagai bidang seperti politik, akademik, ketenteraan, pentadbiran, psikiatri, menteri dan menteri besar. Setiap teks wawancara dianalisis dengan aplikasi model grid "speaking" yang dipelopori oleh Hymes (1972) dan diaplikasikan oleh tokoh-tokoh bahasa lain selepas beliau seperti Saville-Troike (1 989), Fasold (1 990), Schiffrin (1 994) dan yang akhir sekali Asmah (1 997). Kajian mendapati komponen-komponen grid "speaking" yang terdiri daripada latar (S), peserta (P), tujuan (E), urutan lakuan (A), ragam (K), alat atau saluran (I), norma-norma interaksi dan penafsiran (N) mempunyai kesan ke atas penggunaan bahasa yang digunakan oleh peserta-peserta yang terlibat dalam peristiwa bahasa wawancara. Dapatan kajian menunjukkan teori etnografi komukiasi mampu membina satu sistem keteraturan dalam pertuturan dengan mengkombinasikan sistern linguistik dan sosiolinguistik. Dalam ha1 ini, etnografi komunikasi telah berjaya memperjelaskan fungsi dan hakikat bahasa sebagai sebahagian daripada falsafah dan pemikiran bahasa. Dalam kajian ini juga didapati ciri-ciri penutur atau peserta yang mengambil bahagian dalam setiap wawancara dan ciri-ciri konteksnya memainkan peranan p enting d alam penganalisisan setiap ujaran. Oleh yang demikian, kajian ini mendapati cara-cara ujaran dapat ditakrifkan untuk menepati konteks sosial yang saling berinteraksi dalam komunikasi, menjangkau pengetahuan tentang rumus-rumus penggunaan bahasa dan menekankan aspek makna dan fungsi bahasa dalam penggunaan menurut situasi dan konteks.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK_2004_10(1-24).pdf

Download (623kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Malay language
Call Number: FBMK 2004 10
Chairman Supervisor: Ahmad Mahmood Musanif, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Izzati Mohd Zaki
Date Deposited: 05 May 2010 16:59
Last Modified: 27 May 2013 15:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5835
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item