UPM Institutional Repository

Puisi Melayu dalam drama-drama Noordin Hassan


Citation

Mohamad, Nik Fazli (2015) Puisi Melayu dalam drama-drama Noordin Hassan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Dalam menghasilkan sesebuah karya drama, Noordin Hassan sering menggunakan puisi-puisi Melayu sebagai komponen isi dalam kesemua dramanya. Teknik kepengarangan tersebut menjadikan drama Noordin Hassan berbeza dengan karya dramatis yang lain. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan mengkategorikan jenis-jenis puisi Melayu yang digunakan oleh Noordin Hassan dalam skrip dramanya. Di samping itu juga perbincangan ini juga dilakukan bertujuan untuk menganalisis fungsi-fungsi puisi Melayu yang digunakan oleh Noordin Hassan dalam setiap isi dramanya. Melalui kajian ini, sebanyak 15 buah skrip drama Noordin Hassan telah dipilih untuk dianalisis iaitu 13 buah skrip drama yang telah diterbitkan oleh Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dan dua buah drama eceran yang telah dimuatkan dalam Dewan Sastera. Kajian ini juga akan menggunakan Teori Konseptual Kata Kunci yang diasaskan oleh sarjana dari Universiti Malaya iaitu Mohamad Mokhtar Abu Hassan pada tahun 2001 sebagai landasan kajian. Hasil daripada dapatan kajian telah menemukan 11 buah puisi-puisi Melayu iaitu 10 jenis puisi Melayu tradisional dan sebuah puisi Melayu moden iaitu sajak. Selain itu, penggunaan puisipuisi tersebut berfungsi sebagai aspek keindahan, nasihat dan pengajaran, hiburan dan pemerian dalam drama Noordin Hassan.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 23RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay poetry - Malay drama
Subject: History and criticism
Call Number: FBMK 2015 23
Chairman Supervisor: Prof. Madya Hajah Samsina Binti Abd. Rahman, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 13 Oct 2017 10:06
Last Modified: 13 Oct 2017 10:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57441
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item