UPM Institutional Repository

Analisis koda berdasarkan kekangan dalam dialek Kelantan


Citation

Abdul Aziz, Adi Yasran (2012) Analisis koda berdasarkan kekangan dalam dialek Kelantan. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 12 (4). pp. 1127-1145. ISSN 1675-8021

Abstract

Keunikan dialek melayu Kelantan (DK) pula telah menarik minat banyak ahli fonologi Optimaliti untuk menjadikannya sebagai bahan analisis. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan aspek fonotaktik dialek Kelantan yang melibatkan posisi koda suku kata. Analisis sebelum ini telah berjaya memaparkan dan memerikan beberapa data yang signifikan untuk kajian ini. Oleh itu, data yang sama digunakan dalam kajian ini. Namun begitu, masih terdapat kekeliruan dan percanggahan pandangan tentang segmen bunyi yang boleh hadir di koda suku katanya dan set hierarki kekangan yang dapat menjelaskannya. Kajian ini telah berjaya merungkaikan permasalahan ini dengan menggunakan teori nahu terkini iaitu teori Optimaliti yang diperkenalkan oleh Prince, Smolensky dan McCarthy pada tahun 1993 dan masih menjadi teori utama dalam bidang linguistik sehingga sekarang. Berdasarkan analisis yang dibuat didapati bahawa hanya segmen fitur tanpa daerah sahaja yang dibenarkan untuk menduduki posisi koda suku kata dialek Kelantan, iaitu [ʔ, h, N]. Dalam teori Optimaliti, kekangan fonotaktik seperti ini dinamakan SYARATKODA. Dalam dialek Kelantan kekangan SYARATKODA ini telah mendominasi kekangan yang lain. Susunan set kekangan yang terhasil ialah SYARATKODA >> DEP >> MAKS >> IDENT(Da).


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Analisis koda berdasarkan kekangan dalam dialek Kelantan.pdf

Download (47kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://ejournal.ukm.my/gema/article/view/1573

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Phonology; Constraint; Optimality; Kelantan dialect; Coda condition
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Sep 2017 04:58
Last Modified: 07 Sep 2017 04:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57111
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item