UPM Institutional Repository

Penganggaran impak pelaksanaan CBP ke atas kos pengeluaran dan kos sara hidup di Malaysia


Citation

Golam Hassan, Asan Ali and Saari, Mohd Yusof and Utit, Chakrin and Hassan, Azman and Harun, Mukaramah (2016) Penganggaran impak pelaksanaan CBP ke atas kos pengeluaran dan kos sara hidup di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 50 (2). pp. 15-30. ISSN 0126-1962

Abstract

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) seringkali dikaitkan sebagai punca utama kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Objektif utama kajian ini ialah menganggar sejauhmana pelaksanaan CBP memberi impak kepada kos pengeluaran yang seterusnya memberi implikasi kepada kos sara hidup isi rumah. Untuk mencapai objektif tersebut, model harga input-output telah dibangunkan dengan pengubahsuaian bagi mengambil kira tiga kadar cukai yang berbeza iaitu pembekalan berkadar standard, pembekalan berkadar sifar dan pembekalan dikecualikan. Dapatan kajian mendapati bahawa pelaksanaan CBP cenderung memberi faedah kepada ekonomi. CBP berpotensi untuk menurunkan harga barangan dan perkhidmatan sebanyak 7.4% berbanding hanya 2.0% peningkatan harga yang dijangka. Kesan penurunan tingkat harga sebanyak 5.4% ini bukan sahaja meningkatkan kuasa beli perbelanjaan isi rumah malah berpotensi untuk merapatkan jurang penggunaan di antara kumpulan etnik dan kelas pendapatan. Walaubagaimanapun, faedah sebenar kepada ekonomi bergantung kepada kadar pematuhan industri kepada sistem percukaian CBP.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Penganggaran impak pelaksanaan CBP ke atas kos pengeluaran dan kos sara hidup di Malaysia.pdf

Download (35kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2016-2.html

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Economics and Management
Institute of Agricultural and Food Policy Studies
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Goods and Services Tax (GST); Input-output; Production cost; Living cost
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Sep 2017 04:30
Last Modified: 07 Sep 2017 04:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57091
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item