UPM Institutional Repository

Struktur pasaran, gelagat firma dan produktiviti: kajian empirik firma insurans am di Malaysia


Citation

Mansur, Mustazar and Radam, Alias and Yaakub, Yuslindal (2017) Struktur pasaran, gelagat firma dan produktiviti: kajian empirik firma insurans am di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 51 (1). pp. 133-144. ISSN 0126-1962

Abstract

Kertas ini mengkaji secara empirik faktor penentu keberuntungan dan produktiviti firma insurans am di Malaysia. Model struktur berasaskan teori Structure Conduct and Performance (SCP) telah digunakan untuk menganggar dua fungsi utama iaitu fungsi keberuntungan dan fungsi produktiviti. Kajian menggunakan data panel bagi tempoh 40 tahun yang melibatkan 50 buah syarikat insurans untuk penganggaran model penentu keberuntungan dan produktiviti firma insurans dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Dua Peringkat (2SLS). Empat hipotesis telah diuji iaitu hipotesis SCP, hipotesis Relative Market Power (RMP), hipotesis Efficient-Structure (ES) dan hipotesis Market-Power (MP). Dapatan kajian menunjukkan fungsi keuntungan firma insurans am mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pendapatan premium, pulangan atas pelaburan dan pusing ganti aset tetap. Syer pasaran, pusing ganti jumlah aset dan harga insurans pula mempunyai hubungan yang negatif dengan fungsi keuntungan firma insurans am. Dalam fungsi produktiviti firma, terdapat hubungan positif yang signifikan antara pulangan atas aset, produktiviti pengurusan, syer pasaran, komisen agen dan pusing ganti aset tetap dengan fungsi produktiviti firma insurans am. Sementara itu, pemboleh ubah pusing ganti jumlah aset, pulangan atas pelaburan, produktiviti buruh dan harga insurans pula mempunyai hubungan negatif dengan fungsi produktiviti firma insurans am.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Struktur pasaran, gelagat firma dan produktiviti kajian empirik firma insurans am di Malaysia.pdf

Download (36kB) | Preview
Official URL or Download Paper: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2017.html

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Economics and Management
Publisher: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Profitability; Productivity; General insurance
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 07 Sep 2017 04:30
Last Modified: 07 Sep 2017 04:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/57088
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item