UPM Institutional Repository

Perkataan Al-Mu'allalah dan Al-Mubaddalah dalam Al- Suwar Al-Tiwal dari sudut fonologi generatif


Citation

Almuddin, Azhani (2015) Perkataan Al-Mu'allalah dan Al-Mubaddalah dalam Al- Suwar Al-Tiwal dari sudut fonologi generatif. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian yang bertajuk “Perkataan Al-Muʻallalah dan Al-Mubaddalah dalam Al-Suwar Al-Ṭiwāl Dari Sudut Fonologi Generatif” membahaskan mengenai perubahan bunyi dari struktur dalaman iaitu asal perkataan kepada struktur permukaan iaitu perkataan Al-Muʻallalah dan Al-Mubaddalah. Masalah yang timbul bagi proses Al-Iʻlāl dan Al-Ibdāl adalah perkataan yang berubah dari asalnya mengalami perubahan tanpa penjelasan berlakunya perubahan tersebut. Kajian ini dijalankan bagi memenuhi tiga objektif utama, iaitu mengeluarkan perkataan Al-Muʻallalah dan Al-Mubaddalah yang mengalami proses Al-Iʻlāl dan Al-Ibdāl dalam Al-Suwar Al-Ṭiwāl dan menentukan struktur dalaman dan struktur permukaan, menerangkan pembentukan berlakunya proses Al-Iʻlāl dan Al-Ibdāl dalam perkataan Al-Muʻallalah dan Al-Mubaddalah dalam Al-Suwar Al-Ṭiwāl dengan membina rumus segmen, rumus fitur dan rumus transformasi, menjelaskan sebab perubahan dari struktur dalaman kepada struktur permukaan yang berlaku antara vokal dan konsonan dalam perkataan Al-Muʻallalah dan Al-Mubaddalah dalam Al-Suwar Al-Ṭiwāl. Data dianalisis secara kualitatif dan dihuraikan secara deskriptif, di mana pengkaji perlu mengenal pasti fenomena bunyi dalam perkataan yang dianalisis, kemudian menganalisis dan mengelas perkataan tersebut mengikut pembahagian Al-Iʻlāl dan Al-Ibdāl berdasarkan proses perubahan yang sama dengan mentranskripsikannya bagi menjelaskan perubahan yang berlaku dari struktur dalaman kepada struktur permukaan. Sebanyak (63) perkataan dianalisis, (56) perkataan yang mengalami proses Al-Iʻlāl dan (7) perkataan yang mengalami proses Al-Ibdāl. Kajian mendapati bahawa berlakunya perubahan bunyi dalam perkataan Al-Muʻallalah dan Al-Mubaddalah yang melibatkan konsonan dan vokal kepada bunyi yang hampir atau bunyi yang sama dari segi fitur distingtif adalah untuk meringankan sebutan ketika susunan di antara konsonan atau vokal yang berturutan dan berdekatan. Ini juga bagi memudahkan pergerakan lidah ketika penyebutan perkataan apabila bunyi yang berturutan dan berhampiran mengandungi fitur yang berlawanan. Perubahan bunyi dalam perkataan juga memberi kesan kepada perubahan suku kata sama ada perubahan dari bilangan suku kata atau jenis suku kata dalam perkataan. Proses perubahan bunyi dalam perkataan Al-Muʻallalah dan Al-Mubaddalah berlaku sama ada melalui proses perubahan, proses pengguguran, atau proses peleburan. Dapat disimpulkan bahawa perubahan bunyi bagi sesetengah perkataan Al-Muʻallalah dan Al-Mubaddalah melibatkan fitur yang terkandung dalam segmen bunyi, dan berlaku secara sistematik dan bersebab.


Download File

[img]
Preview
PDF
FBMK 2015 3RR.pdf

Download (1MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Arabic language - Phonology
Subject: Arabic language - Vocalization
Call Number: FBMK 2015 3
Chairman Supervisor: Prof. Madya Ab. Halim Bin Mohamad, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 15 Aug 2017 02:37
Last Modified: 15 Aug 2017 02:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56892
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item