UPM Institutional Repository

Tinjauan awal interaksi guru - kanak-kanak dalam pemupukan pemikiran kreatif kanak-kanak prasekolah


Citation

Ali, Norsita and Madon, Zainal (2014) Tinjauan awal interaksi guru - kanak-kanak dalam pemupukan pemikiran kreatif kanak-kanak prasekolah. In: 2nd International Conference on Social Sciences Research (ICSSR 2014), 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. (pp. 735-746).

Abstract

Pemupukan pemikiran kreatif sangat penting diterapkan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah kerana mereka merupakan bakal pewaris dan modal insan negara di masa hadapan. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka bagaimana interaksi seharian antara guru dan kanak-kanak dalam perkembangan pemikiran kreatif kanak-kanak di prasekolah KPM. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini. Subjek terdiri daripada tiga orang guru prasekolah yang mengajar di kelas Prasekolah KPM dan semua kanak-kanak di dalam kelas tersebut diperhatikan. Enam orang kanak-kanak pula telah dipilih sebagai sampel bertujuan. Interaksi guru dan kanak-kanak dilihat dari segi gaya pengajaran, penyoalan dan respon guru terhadap pertanyaan atau jawapan kanak-kanak. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap guru memainkan peranan penting dalam menentukan persediaan, penyediaan bahan rangsangan dan emosi guru yang akan mempengaruhi gaya pengajaran guru, emosi serta gaya pembelajaran kanak-kanak. Bahan rangsangan akan mempengaruhi ‘mood’ dan idea kepada guru untuk bertanya soalan seterusnya memupuk pemikiran kreatif kanak-kanak. Namun kajian lanjutan perlu dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas tentang bagaimanakah interaksi antara guru dengan kanak-kanak dalam ruang yang lebih besar dengan bilangan sampel kajian yang lebih ramai agar kajian ini boleh digeneralisasikan.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Tinjauan awal interaksi guru - kanak-kanak dalam pemupukan pemikiran kreatif kanak-kanak prasekolah.pdf

Download (49kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: WorldConferences.net
Keywords: Creative thinking; Interaction; Learning style; Teachers respond to children's inquiry
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 04 Aug 2017 03:41
Last Modified: 04 Aug 2017 03:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56672
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item