UPM Institutional Repository

Asimilasi budaya tempatan kaum peranakan Chitty Melaka


Citation

Muthusamy, Paramasivam and Salleh, Che Ibrahim (2016) Asimilasi budaya tempatan kaum peranakan Chitty Melaka. Pertanika MAHAWANGSA, 3 (1). pp. 1-10. ISSN 2289-7259

Abstract

Masyarakat Chitty Melaka ialah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang Hindu dengan orang tempatan seperti Melayu, Cina dan Jawa. Bandar Gajah Berang di Melaka merupakan kawasan penempatan masyarakat Hindu Peranakan Melaka. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti asal-usul dan latar belakang Chitty Melaka serta menghuraikan sifat asimilasi, sosial dan budaya kaum Chitty Melaka. Kajian ini merupakan sebuah kajian ’non-experimental’. Ini merupakan kajian lapangan dan bahan rujukan sejarah serta temu bual. Pemilihan sampel adalah daripada kalangan masyarakat kaum Chitty Melaka di Gajah Berang. Pengumpulan data dijalankan melalui soal selidik dan temu bual. Hasil penyelidikan memaparkan masyarakat Chitty mempunyai keunikan dalam segala aspek kehidupan seharian mereka dari segi bahasa, pakaian, makanan, adat-istiadat, kepercayaan, perkahwinan, gelaran, upacara agama, seni bina, muzik, dan permainan. Segala keunikan masyarakat Chitty bukan sahaja perlu dipelihara dan diteruskan malah perlu didokumentasikan secara sistematik.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Asimilasi budaya tempatan kaum peranakan Chitty Melaka.pdf

Download (48kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Malacca Chitty; Malacca peranakan; Assimilation; Social; Cultural; Community identity; Minority
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Jul 2017 04:19
Last Modified: 31 Jul 2017 04:19
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/56281
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item