Peranan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan Dalam Pembangunan Belia Di Felda Jerangau, Terengganu, Malaysia

Harun, Mohd Razali (2005) Peranan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan Dalam Pembangunan Belia Di Felda Jerangau, Terengganu, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
313Kb

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan dengan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dalam konteks pembangunan belia di rancangan Felda Jerangau, Terengganu. Senario pada masa kini menunjukkan bahawa belia di Felda berhadapan dengan pelbagai krisis seperti masalah sosio-ekonomi. Masalah belia di rancangan Felda perlu dipikul oleh organisasi akar umbi iaitu JKKR. Oleh itu, JKKR mempunyai peranan penting dalam membangunkan belia di rancangan selain menangani masalah sosio-ekonomi yang melanda golongan belia. Pendekatan kajian yang digunakan bercorak kualitatif yang menggunakan kajian etnografi di mana dua teknik utama digunakan, iaitu kaedah temubual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta. Lapan orang informan telah ditemubual dan pemilihan informan ini berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Untuk analisis data, temubual mendalam yang dirakamkan ditranskripsi ke dalam bentuk teks. Transkripsi tersebut disusun rapi selaras dengan susunan soalan dalam panduan temubual. Pelbagai konsep yang digunakan dalam menjalankan kajian ini misalnya pembangunan, komuniti, pembangunan komuniti, pembangunan belia dan organisasi berasakan komuniti. Dapatan kajian mendapati bahawa belia di rancangan Felda Jerangau menghadapi masalah sosio-ekonomi misalnya pengangguran, ketidakstabilan pendapatan dan penagihan dadah. Walaupun JKKR menjalankan program pembangunan untuk belia tetapi ia masih tidak mencukupi, tidak seimbang dan kurang menarik penyertaan belia. Tambahan pula JKKR sebagai badan tertinggi di rancangan menghadapi pelbagai masalah seperti masalah kewangan, kerandahan tahap pendidikan ahli JKKR dan konflik politik kepartian. Dengan masalah yang ada, maka JKKR tidak dapat menjalankan peranannya dengan berkesan dalam membangunkan belia. Oleh itu, JKKR wajar diperkemaskinikan agar ia sentiasa relevan dalam memberi perkhidmatan kepada komuniti setempat.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Youth - Terengganu - Sociologicl aspects - Case studies
Chairman Supervisor:Sarjit Singh Gill, PhD
Call Number:FEM 2008 13
Faculty or Institute:Faculty of Human Ecology
ID Code:5579
Deposited By: Rosmieza Mat Jusoh
Deposited On:13 Apr 2010 06:57
Last Modified:27 May 2013 07:23

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.