UPM Institutional Repository

Hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup komuniti Orang Ulu di Sarawak


Citation

Alan, Ribka and Hassan, Md Salleh and Bolong, Jusang and Osman, Mohd Nizam (2016) Hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup komuniti Orang Ulu di Sarawak. Global Media Journal - Malaysian Edition, 6 (1). pp. 31-50. ISSN 2231-9948

Abstract

Peningkatan kualiti hidup bagi masyarakat luar bandar merupakan agenda utama dalam perancangan pembangunan kerajaan Malaysia. Oleh itu, penyediaan dan pembangunan infrastruktur saluran komunikasi bagi masyarakat luar bandar adalah perlu. Bagi tujuan mengenal pasti hubungan penggunaan saluran komunikasi sebagai peramal kepada peningkatan kualiti hidup dalam kalangan masyarakat luar bandar, kajian telah dilakukan ke atas kumpulan sasaran masyarakat Orang Ulu di Sarawak, Malaysia. Kajian ini telah dijalankan di Daerah Belaga, Sarawak. Teknik persampelan responden adalah secara rawak. Data kajian telah dikumpul mengguna borang soal selidik berstruktur. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan kekerapan komunikasi antara perseorangan merupakan faktor peramal kepada peningkatan kualiti pengangkutan dan perhubungan, penyertaan sosial dan keselamatan awam masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Sementara itu, penggunaan radio merupakan antara faktor peramal kepada peningkatan kualiti penyertaan sosial, perumahan dan alam sekitar. Penggunaan saluran televisyen merupakan faktor peramal kepada peningkatan kualiti penyertaan sosial, keselamatan awam, persekitaran pekerjaan, kehidupan keluarga, pendidikan dan pendapatan dan pengagihan. Penggunaan telefon bimbit pula dapat menjadi peramal dalam peningkatan kualiti kesihatan, alam sekitar dan pengangkutan serta perhubungan kerana telefon bimbit dapat membantu untuk mendapatkan maklumat secara tepat daripada sumber yang dipercayai. Kesimpulannya, penyediaan maklumat dalam saluran komunikasi yang pelbagai perlu menitikberatkan maklumat yang sesuai dengan keperluan semasa.


Download File

[img]
Preview
Text
Hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup komuniti Orang Ulu di Sarawak.pdf

Download (6kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Subject: Family life; Interpersonal communication; Quality of life; Education; Radio uses; Television audience; Social involvement; Communication channel
Divisions: Faculty of Agriculture and Food Sciences
Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Faculty of Modern Languages and Communication, Universiti Putra Malaysia
Depositing User: Nurul Ainie Mokhtar
Date Deposited: 19 Mar 2018 07:46
Last Modified: 19 Mar 2018 07:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54460
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item