Keyword Search:


Bookmark and Share

Kualiti kepimpinan dalam kalangan pegawai kanan polis wanita

Awang Darus, Abdul Aziz (2015) Kualiti kepimpinan dalam kalangan pegawai kanan polis wanita. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1340Kb

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti serta mendapatkan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh tentang proses amalan kepimpinan dalam menjana keberkesanan pegawai kanan polis wanita dalam melaksanakan tugas. Penyelidikan ini difokuskan kepada golongan pegawai kanan polis wanita yang berpangkat Senior Assistant Commissioner (SAC) ke atas. Oleh itu, penyelidikan ini adalah untuk menjelaskan ciri-ciri utama kepimpinan yang perlu ada pada pegawai kanan polis wanita untuk menyandang jawatan serta menggalas tanggungjawab di mana kebanyakan pegawai kanan polis tertinggi didominasi oleh golongan lelaki dan hanya sekumpulan kecil sahaja wanita yang berada ditahap tersebut. Responden terdiri daripada pegawai kanan polis wanita dan berpengalaman berkhidmat dalam sektor kepolisan lebih dari 32 tahun yang sedia berkongsi pengalaman secara sukarela. Persampelan berasaskan kriteria yang digunakan untuk mengenalpasti makna kepimpinan, jenis kepimpinan yang diamalkan, faktor yang menggalakkan kepimpinan, penggunaan teknik dan strategi dalam kepimpinan serta kesan yang wujud hasil kepimpinan yang diamalkan. Penyelidikan turut mengaitkan makna kepimpinan berkait rapat dengan keterampilan pemimpin itu sendiri,kecekapan dalam mengendalikan tugasan, dan tahap pengaruh pemimpin terhadap organisasi yang dipimpin. Malahan penyelidikan ini turut menemui elemen yang menyemarakkan kepimpinan dalam sektor kepolisan yang terdiri dari pengalaman yang diperolehi sepanjang karier, polisi yang terbentuk dalam organisasi, tahap dan kesan disiplin yang diamalkan dan ketelitian dalam menjalankan tugasan. Teknik perbualan bersemuka digunakan dalam proses pengumpulan data. Perbualan dirakamkan melalui pita rakaman dan ditranskrip secara verbatim. Analisis bermula sebaik sahaja data dikumpul. Penyelidikan ini mengandaikan bahawa pegawai kanan polis wanita berpengalaman dalam corak kepimpinan dalam perjalanan kerjaya mereka menggalas tanggungjawab yang dipikul. Pengalaman yang dilalui oleh responden menunjukkan beberapa kumpulan yang menjelaskan makna dan pengalaman kepimpinan yang berkesan. Analisis terperinci kemudiannya dilakukan untuk mencari tema dan kategori bagi menjawab persoalan penyelidikan. Kerjasama yang dialami oleh responden adalah menyeluruh iaitu melibatkan semua pihak yang berkepentingan langsung dalam menyempurnakan tugas yang diamanahkan. Pihak yang berkepentingan langsung termasuk pihak atasan, orang bawahan serta individu itu sendiri. Penyelidikan ini mencadangkan bahawa segala usaha yang konkrit perlu diambil untuk melahirkan lebih ramai pegawai kanan polis wanita yang berkaliber diberi ruang yang lebih meluas untuk memikul dan melaksanakan tanggungjawab pada peringkat pengurusan tertinggi dalam bidang kepolisan dalam menjadikan bidang ini sebagai cabang karier penjawatan awam yang mencabar serta berkualiti tinggi mampu memberi impak kepada institusi dan masyarakat dalam menjana kemajuan dan kesejahteraan negara. Kesimpulannya, kecemerlangan kepimpinan yang dipraktikan oleh pegawai kanan polis wanita mempunyai makna dan impak dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Malah ia juga mampu untuk mempengaruhi objektif secara langsung untuk setiap jabatan yang diketuai oleh pegawai kanan polis wanita malah mempengaruhi dalam pembentukan corak kepimpinan kepada golongan bawahan di mana mempunyai makna dan nilai signifikan dengan diri anggota dalam membentuk personaliti diri dalam memikul tanggungjawab jawatan tinggi bagi mengetuai sesuatu unit bagi mewujudkan kerjasama sepasukan yang jitu dengan corak pengarahan serta pelaksanaan tugas dengan lebih berkesan.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Leadership in women
Subject:Policewomen
Chairman Supervisor:Prof Madya Datin Jamilah Othman, PhD
Call Number:IPSS 2015 2
Faculty or Institute:Institute for Social Science Studies
ID Code:52155
Deposited By: Haridan Mohd Jais
Deposited On:21 Jun 2017 13:00
Last Modified:21 Jun 2017 13:00

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 21 Jun 2017 13:00.

View statistics for "Kualiti kepimpinan dalam kalangan pegawai kanan polis wanita"