UPM Institutional Repository

Kesan pendekatan pembelajaran koperatif menggunakan permainan Math Superhero terhadap sikap dan pencapaian murid dalam algebra Tingkatan empat


Citation

Kamil, Ruzita (2013) Kesan pendekatan pembelajaran koperatif menggunakan permainan Math Superhero terhadap sikap dan pencapaian murid dalam algebra Tingkatan empat. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji kesan pendekatan pembelajaran koperatif menggunakan permainan Math Superhero ke atas sikap dan pencapaian murid dalam algebra tingkatan empat. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimen kuasi yang dijalankan selama tiga minggu dan melibatkan 132 orang murid. Dalarn kajian ini kumpulan rawatan menjalani proses pembelajaran menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif menggunakan permainan Math Superhero manakala kumpulan kawalan menjalani proses pembelajaran menggunakan pendekatan tradisional. Data dikumpul menggunakan soal selidik pra dan pasca, ujian pencapaian pra dan pasca serta latihan harian murid sepanjang tiga minggu. Data dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS). Hipotesis kajian diuji menggunakan analisis covarian (ANCOVA) untuk menentukan kesan signifikan ujian pos. ANCOVA diaplikasikan dengan menjadikan soal selidik sikap pra dan ujian pencapaian pra sebagai kovariat bagi melihat perbezaan kesan pendekatan pembelajaran koperatif menggunakan permainan Math Superhero ke atas sikap dan pencapaian murid dalam algebra tingkatan empat antara kumpulan kawalan dan rawatan. Dalam kajian ini skor min kurnpulan eksperimen lebih tinggi daripada skor min kumpulan kawalan. Dapatan kajian daripada ANCOVA menunjukkan terdapat kesan pemboleh ubah bebas ke atas pemboleh ubah bersandar iaitu soal selidik pasca sikap [F (1,132) = 1635.61,P < .05) dan ujian pasca pencapaian [F (1,132) = 1078.36, P < .05). Dapatan kajian daripada ANCOVA juga menunjukkan terdapat kesan pemboleh ubah bebas ke atas pemboleh ubah bersandar iaitu soal selidik pasca sikap afektif [F (1,132) = 1516.82, P < .05), soal selidik pasca sikap kognitif [F (1,132) = 34.93, P < .05) dan soal selidik pasca sikap konatif [F (1,132) = 1078.36, P < .05). Data daripada latihan harian murid sepanjang tiga minggu dianalisis menggunakan ujian-t. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa selepas intervensipendekatan pembelajaran koperatif menggunakan permainan Math Superhero terdapat perbezaan yang signifikan bagi min pencapaian murid dalam algebra tingkatan empat antara kumpulan kawalan (min = 22.34, sisihan piawai = 11.03, n = 66) dan kumpulan rawatan (min = 51.75, sisihan piawai = 10.80, n = 66)· dengan nilai t ialah -15.48 dan nilai p < .05. Dapatan ini menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif menggunakan permainan Math Superhero mempunyai kesan yang signifikan ke atas sikap dan pencapaian murid dalam algebra tingkatan empat. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tanpa memanipulasi aktiviti pengajaran guru, sikap positif dan pencapaian murid dalam algebra tingkatan empat dapat ditingkatkan dengan hanya memanipulasi aktiviti pembelajaran murid semasa murid membuat latihan algebra tingkatan empat. Dapatan ini memberi implikasi bermakna kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dengan penyelidikan dan pembangunan pendidikan Matematik.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPP 2013 60RR.pdf

Download (3MB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Group work in education
Subject: Achievement tests
Subject: Algebraic number theory
Call Number: FPP 2013 60
Chairman Supervisor: Profesor Madya Samsilah Binti Roslan, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Haridan Mohd Jais
Date Deposited: 28 Mar 2017 02:55
Last Modified: 28 Mar 2017 02:55
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/51633
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item