Mohamad Saad, Faridah (2006) Aplikasi Takmilah dalam Puisi Al Amin. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 96Kb |
Abstract
Kajian ini merupakan satu aplikasi Teori Takmilah ke atas Kumpulan Puisi Al Amin karya A. Samad Said. Kumpulan puisi ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1999 dan diulang cetak pada tahun 2001 dan 2002. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis Kumpulan Puisi Al Amin berdasarkan 7 prinsip yang terdapat dalam Teori Takmilah. Bait-bait puisi disaring daripada kumpulan puisi berkenaan dan aspek-aspek serta prinsip-prinsip Takmilah yang paling dominan yang ditemui dinyatakan dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan bagi membuat analisis kajian. Pengkaji juga turut melayari internet untuk mendapatkan bahan yang berkaitan dengan kajian terutamanya mengenai Teori Takmilah Berdasarkan penelitian dan analisis, didapati kesemua 7 prinsip Teori Takmilah ditemui dalam kumpulan puisi yang dikaji. 7 prinsip berkenaan iaitu ketuhanan yang bersifat Kamal, kerasulan sebagai insan Kamil, keislaman yang bersifat Akmal, ilmu dengan sastera yang bersifat Takamul, sastera sendiri yang berciri estetik dan bersifat Takmilah, pengkarya yang seharusnya mengistikmalkan diri dan khalayak bertujuan memupuk mereka ke arah insan Kamil. Berdasarkan hasil kajian, prinsip yang paling dominan ditemui dalam Kumpulan Puisi Al Amin ialah prinsip ke 2 iaitu prinsip kerasulan insan al Kamil, insan Rabbani dan insan Khalifah yang merujuk khusus kepada Nabi Muhammad SAW. Penemuan ketujuh-tujuh prinsip Teori Takmilah dalam kumpulan puisi yang dikaji membuktikan kumpulan puisi karya A Samad Said ini padat dengan nilai-nilai keagamaan dan pengajaran serta dapat dikategorikan dalam hasil karya sastera Islam yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh khalayak sastera Melayu-Islam.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Islamic poetry, Malay |
| Chairman Supervisor: | Samsina bt Hj Abd Rahman, PhD |
| Call Number: | FBMK 2006 12 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Modern Language and Communication |
| ID Code: | 512 |
| Deposited By: | Yusfauhannum Mohd Yunus |
| Deposited On: | 15 Oct 2008 01:56 |
| Last Modified: | 03 Apr 2012 16:03 |
Repository Staff Only: item control page