UPM Institutional Repository

Hubungan antara faktor interaksi, protokol persembahan dan aspek teknikal terhadap kepuasan pelajar pendidikan jarak jauh dalam pembelajaran dalam talian


Citation

Mohd Daud, Shaffe and Basri, Ramli and Nawawi, Mokhtar and Abd. Salam, Idawati (2015) Hubungan antara faktor interaksi, protokol persembahan dan aspek teknikal terhadap kepuasan pelajar pendidikan jarak jauh dalam pembelajaran dalam talian. International Journal of Education and Training, 1 (2). pp. 1-9. ISSN 2462-2079

Abstract

Kajian korelasi ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan yang wujud antara pemboleh ubah yang mempengaruhi sesi sidang video dengan kepuasan pelajar yang sedang mengikuti pendidikan jarak jauh. Responden kajian ialah pelajar program Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Putra Malaysia bagi semester 1 dan 2 tahun akademik 2011/2012. Mereka terdiri daripada pelajar PJJ yang mengikuti Program Master Modular (Luar Kampus) dalam bidang Master Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan - MPPP). Sebanyak 109 soal selidik telah diedarkan menggunakan aplikasi Dokumen Google yang telah dihantar menerusi emel pelajar. Bilangan tersebut adalah terdiri daripada 35 orang (32.1%) pelajar lelaki dan 74 orang (67.9%) pelajar wanita. Dapatan kajian ini menunjukkan semua pemboleh ubah mencatatkan nilai min yang tinggi. Interaksi mempunyai perkaitan yang signifikan sederhana kuat (r=.36) dengan kepuasan pelajar dan sesuai untuk meramal kepuasan pelajar terhadap pendidikan jarak jauh. Aspek teknikal dan protokol persembahan mempunyai perkaitan signifikan (r=.31 dan r=.28) dengan kepuasan pelajar dan menunjukkan wujud perkaitan antara pemboleh ubah, tetapi tidak tepat untuk meramal kepuasan pelajar.


Download File

[img]
Preview
PDF (Abstrak)
Hubungan antara faktor interaksi, protokol persembahan dan aspek teknikal terhadap kepuasan pelajar pendidikan jarak jauh dalam pembelajaran dalam talian.pdf

Download (36kB) | Preview

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Universiti Putra Malaysia Press
Keywords: Interaction; Protocol presentations; Technical aspects; Student satisfaction
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 10:07
Last Modified: 31 Mar 2017 10:07
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50972
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item