UPM Institutional Repository

Penelitian terhadap model j-QAF dan masalah perlaksanaanya di sekolah-sekolah rendah di Malaysia


Citation

Johari, Nurul Syuhada and Suhid, Asmawati and Mohd Fakhruddin, Fathiyah (2013) Penelitian terhadap model j-QAF dan masalah perlaksanaanya di sekolah-sekolah rendah di Malaysia. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 630-634).

Abstract

Perlaksanaan j-QAF di sekolah-sekolah rendah merupakan cetusan idea daripada mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Abdullah hj Ahmad Badawi semasa lawatan beliau ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Program j-QAF bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam yang sedia ada. Bagi memenuhi hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan murid khatam al-Quran pada peringkat sekolah rendah. Maka dibentuk program j-QAF supaya dapat memenuhi hasrat murni tersebut. Perkataan j-QAF singkatan daripada Jawi, al-Quran dan Fardhu ‘Ain. Selain itu, terdapat kurikulum dan model pengajaran dan pembelajaran sebagai panduan kepada guru j-QAF. Kementerian Pelajaran diberi tangungjawab untuk memastikan perjalanan program ini dan secara khususnya diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Penulisan kertas kerja ini tertumpu kepada penilaian modul j-QAF serta masalah perlaksanaannya. Model yang dinilai ialah Model Pemulihan Jawi, Model khatam al-Quran, Model Bahasa Arab Komunikasi dan Model Kem Bestari Solat. Selain itu, penulisan ini turut membincangkan masalah yang terdapat dalam perlaksanaan j-QAF di sekolah rendah.


Download File

[img] PDF
Greduc093 Nurul Syuhada Johari.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (338kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: j-QAF model; Islamic education; j-QAF
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 31 Mar 2017 10:02
Last Modified: 31 Mar 2017 10:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50938
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item