UPM Institutional Repository

Motivasi sukarelawan terhadap penglibatan dalam kerja sukarela di Yayasan Salam Malaysia


Citation

Che Nawi, Nur Raihan and Asmuni, Azizan (2013) Motivasi sukarelawan terhadap penglibatan dalam kerja sukarela di Yayasan Salam Malaysia. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 88-92).

Abstract

Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, telah melancarkan program 1M4U dengan dana RM100 juta, ini jelas menunjukkan kerajaan sangat mementingkan dan menyokong penglibatan golongan belia dalam aktiviti kerja sukarela. Program 1M4U diperkenalkan untuk menarik lebih banyak generasi muda berani melibatkan diri pada peringkat global seterusnya, akan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Objektif umum kajian adalah untuk menentukan faktor – faktor motivasi sukarelawan yang bekerja terhadap kerja sukarela dan juga menentukan tahap motivasi sukarelawan yang bekerja dalam penglibatan aktiviti kerja sukarela. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan faktor-faktor motivasi dalam kalangan sukarelawan yang menpunyai ciri sosio demografi yang berbeza. Populasi badan NGO ini terdiri daripada ahli aktif dan ahli tidak aktif dianggarkan dalam mencapai 2000 orang ahli. 200 sampel telah melengkapkan borang soal selidik yang digunakan dalam analisis bagi kajian ini. Kajian dapat mengenalpasti enam faktor motivasi sukarelawan yang terlibat dalam aktiviti kerja sukarela, seperti berikut; (1) nilai, (2) kefahaman, (3) perlindungan, (4) kerjaya, (5) sosial, (6) peningkatan (estim diri). Sukarelawan didapati mempunyai tahap motivasi yang tinggi terhadap penglibatan dalam aktiviti kerja sukarela. Pembolehubah demografi seperti jantina, status perkahwinan, kelayakan akademik dan sektor pekerjaan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap motivasi kerja sukarela. Oleh yang demikian, kajian ini bolehlah dijadikan rujukan yang relevan dan berguna kepada badan – badan NGO yang lain semasa merangka program aktiviti kerja sukarela bagi kalangan sukarelawan supaya bersesuian dengan faktor – faktor motivasi penyertaan dalam penglibatan kerja sukarela.


Download File

[img] PDF
Greduc014 Nur Raihan.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (342kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Motivation; Volunteer; Volunteerism
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Mar 2017 04:25
Last Modified: 03 Mar 2017 04:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50798
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item