UPM Institutional Repository

Sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah menengah kebangsaan, Zon Bangsar, Kuala Lumpur


Citation

Gunarasa, Vijayaamalar and Abdul Kadir, Suhaida (2013) Sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah menengah kebangsaan, Zon Bangsar, Kuala Lumpur. In: Graduate Research in Education Seminar (GREduc 2013), 1 Dec. 2013, Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia. (pp. 63-73).

Abstract

Kepentingan penyeliaan pengajaran kepada guru-guru di semua sekolah menengah dan rendah di Malaysia adalah untuk membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dijalankan di dalam kelas. Kajian ini melibatkan 250 orang guru di tujuh buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Data kajian dikutip dengan menggunakan soal selidik. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini termasuklah sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran dijalankan di dalam bilik darjah yang diubah suai dari Mohd Ruzi Shafie (2001). Dapatan kajian menunjukkan sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah adalah sederhana positif (Min = 3.32, S.P = .56). Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap guru terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan faktor demografi iaitu jantina dan etnik.


Download File

[img] PDF
Greduc010 Vijayaamalar Gunarasa.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (375kB)

Additional Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Divisions: Faculty of Educational Studies
Publisher: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
Keywords: Attitude; Teaching supervision
Depositing User: Nabilah Mustapa
Date Deposited: 03 Mar 2017 04:21
Last Modified: 03 Mar 2017 04:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50790
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item